~Moga hati mampu menjadi kuat sekental jua seteguh serikandi Zinnirah...tiada yg indah di dunia ini melainkan kebahagiaan abadi yg telah dijanjikanNYA di 'sana'..tiap ujian dan dugaan itu pasti terselit rahmat yg mungkin kita tidak ketahui..tabahlah duhai hati..=)~


Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan akidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah adalah harta yang tiada ternilai bagi setiap individu muslim. Ia merupakan cahaya yang menyinari hidup insan dan menjadi penyelamat dalam mengharungi kesengsaraan kacau-bilau hari pembalasan kelak.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan akidah mereka yang telah terpahat kukuh dalam hati sanubari mereka.Keimanan yang jitu dan kesanggupan mereka mengharungi keperitan hidup telah membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam. Hingga ke hari ini Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antaracontoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba.Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin.

Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah.Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.




Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yangmengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.

“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.

Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar. Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza.

Namun begitu, Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.

Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya.Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.


☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆


~Hati sering berubah serta bermusim
Bila duka melanda timbullah hiba
Resah mencengkam jiwa
Di kala duka menyapu air mata
Bagaikan pelaut di tengah lautan
Sendirian pula menempuh gelombang
Ku mencari jalan pulang
Ingin berlabuh di tepian
Seluas harapan terbentang
Sedalam lautan ketakutan
Setiap masalah ada jalan pulang~
( AirMataPerindu )

Mencari kekuatan yg kian lame makin menjauh..
Mencari kedamaian disebalik kekalutan..
Mencari indahnya CINTA pd cinta2 hambaNYA..
NAMUN..
Apa yg aku dpt..
Hanyalah kekecewaan yg berpanjangan..
Kesedihan yg tiada berpenghujung..
Kedukaan yg sentiasa bertamu..
Keresahan yg sering menghantui diri..

Apabila cinta diberikan pada yg tidak berhak..

‎~Bila kita sgt sayangkn seseorang,
Tibe2 Allah tarik nikmat itu,
Perit sangat rasanya,
Tapi kita perlu Yakin,
Allah mengetahui apa yg tak kita ketahui,
Hikmahnya...
" Dia mahu kita bergantung hanya pada kasihNYA bukan pada kasih manusia"
..... ~ (Asmaq)

Kasih hambaNYA hanya sementara..
Kasih abadi hanya ad padaNYA..
Kasih hambaNYA sentiasa bermusim..
KasihNYA tidah pernah berubah dan bertepi..

NAMUN,

Mengapa masih mengharap pada kasih yg tiada kekalnya?
Mengapa masih menanti sesuatu yg tidak pernah pasti?
Mengapa masih meratap pada cinta yg tiada sudahnya?
Mengapa perlu membazirkan mase memikirkan segalanya
yg x pernah memberi kebahagiaan di hati?
Mengapa masih memikirkan ttg itu???

Tepuk dada tanya Iman..

Kasih Ilahi sering menyapa..
Kasih Ilahi x pernah sunyi..
Kasih Ilahi kekal sepanjang zaman..
Kasih Ilahi adalah kebahagiaan hakiki..
Kasih Ilahi adalah CINTA yg sgt indah..tiada pahitnya..
Kasih Ilahi pasti akan kekal abadi buat selamanya...=)

Tiada CINTA yg hebat nan indah selain hanya cinta padaNYA....

~Terima kasih buat teman yg sentiasa memberi semangat n kekuatan buatku..Tika diri masih kalut mencari jawapan erti sebenar 'CINTA'...Terlalu mendalam maksudnya...Terima kasih jua kerana memahami diri ini..Ukhwah fillah..=) ~














Alhamdulillah..selesai sudah imtihan awal..imtihan thani bakal menyusul..begitu pantas masa berlalu..skng ni dh hampir pertengahan bln 3..makin lame menghuni di bumi urdun nie,dirasekan makin mencabar..dugaan datang silih berganti..pelbagai masalah perlu diatasi sendiri tanpa family tercinta di sisi..makin berkurangan..entah mengapa..ilmu didada dirasekan masih belum mantap..terlalu banyak kekurangan jika ingin diceritakan..sedar x sedar dh hampir 2 tahun sy berjauhan dgn family..menumpang teduh dlm mencari ilmu di bumi Urdun ini..ermm....makin byk yg dituntut,makin bertambah kerisauan di hati..apakah ilmu yg sebelum ni sudah cukup mantap..ataupun hanya sekadar belajar tanpa memberi kesan kpd diri sebagai bekalan utk hari depan...ermm..pelbagai persoalan timbul tanpa diundang..meminta penjelasan dan jawapan..kusut!!kosong!!...entah ape yg bermain di fikiran sekarang ni..bkn ingin memohon simpati daripada sesiapa..tp sekadar luahan yg hadir dari sudut hati kecil ini..bkn jua meminta belas ..namun, cukuplah ape yg disampaikan ini dapt memberi sedikit ketenangan buat diri ini..biarpun ianya hanya utk sementara..sy adalah sy..diri yg serba kekurangan..bkn lah seperti mereka yg bijak berkata2..pandai menyusun madah yg bisa membuatkan hati sentiasa tenang tanpa kekusutan..segalanya lahir dari diri yg sgt dhaif ini...pnah sekali sy bayangkan bagaimana jika mereka2 yg sgt2 sy sayang tiada disisi..tiada bersama saat sy memerlukan teman penghibur..saat sy hampir rebah dek lemahnya langkah ini..saat sy x dpt nk hadapi ketentuan Ilahi seorang diri...ermm..terlalu sulit n sakit utk dibayangkan..mengapa sy x sekuat mereka?x sekuat para mujahid jua mujahidah yg sggup bergadai nyawa n tenaga demi memperjuangkan addeen yg SATU...mengapa sy x sekuat mereka yg sentiasa dlm kesusahan dlm menghadapi musuh2 ALLAh demi memperjuangkan hak seorang muslim?mengapa langkah sy sentiasa rapuh..ya..sy x sekuat mereka..jauh sekali utk bermimpi utk menjadi seperti mereka..kerana iman ini terlalu lemah..terlalu tipis..sy x sehebat mereka..sy hanya lah hambaNYA yg serba kekurangan..hanya mampu berusaha dan terus berusaha agar diri mampu utk menjadi seteguh mereka..tidak gentar dengan apa jua ujian jua dugaan yg menimpa...namun..mampukah diri ini?tepuk dada tanya iman..kata sahabat sy:"bila kita didatangi masalah,itu tandanya ALLAH sayangkan kita,n DIA xpnah lupakan kita..n DIA nak kita selalu ingatkan DIA..jika kita gembira,adakah kita sentiasa mengingatiNYA?tidak??...."ya...betul..Alhamdulillah..dengan rahmat ujian yg mendatangi diri ini..sedikit sebanyak memberi kekuatan baru..jua sebagai semangat agar diri tidak mudah mengalah n tidak sesekali mengenal erti putus asa..insyaALLAH..apa yg berlaku biarkan berlaku...~let bygone be bygone~~^_^xperlu nk ungkit kisah semalam..ape yg perlu difikirkan adalah ape yg akan berlaku pada esk hari n seterusnya...ermm..tika ini,datang satu perasaan yg sukar utk dielakkan..rindu,,,,,rindu family..rindu akan pelukan ayah n bonda tercinta..rindu akan gelak tawa n celoteh anak2 buah tersayang..abg,kakak n adeq sentiasa di hati..tersangat rindu akan mereka!ya ALLAH,plez help me..T_T

(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)



~petikan ni hasil perkongsian dari rakan FB,,sesuatu yg sgt bermanfaat utk dikongsi bersama..sme2 koreksi diri..n jadikan ari ni dan seterusnya lebih baik dari semalam..May ALLAH bless us always..=)..~


~acapkali kita menyebut,

"Ya Allah... jangan tinggalkan aku lagi...
Ya Allah, jangan biarkan aku sendiri...
Ya Allah, berilah kasih sayangMu padaku.. kasihanilah daku...."

hakikatnya, Allah tak pernah tinggalkan kita...
Allah selalu sayang kita.. walaupun hamba selayaknya berada di tempat yang paling hina...
tapi Allah tak zalim...
DIA sayang kita...
kita jahat macammana pun, DIA masih izinkan kita bernafas...
mengutip sisa2 keimanan yang makin lenyap...
DIA bagi kita peluang untuk muhasabah dan insaf...
DIA kurniakan rezeki yang terkadang tak diduga oleh kita...
DIA tetapkan sesuatu takdir bersama dengan hikmah...

ALLAH TAK PERNAH TINGGALKAN KITA SENDIRI....

kita yang selalu lupakan Allah... kita yang selalu cari dunia... cintakan yang fana....
kita yang selalu tinggalkan suruhanNya.. melakukan maksiat dan dosa...
kita selalu mengingkari janji kita pada Allah... janji yang dibuat sejak dalam rahim ibu lagi....

kita tahu dunia ni sementara, tapi kita masih lagi kejarkan dunia...
kita tahu Kiamat pasti akan datang... tapi kita tak prepare apa2 pun...
kita tahu hukum-hukum yang ditetapkan..
apa dosa kalau lewatkan solat..
apa dosa derhaka pada ibu bapa..
apa dosa tak menutup aurat..
apa dosa tak menjalankan amanah..
apa dosa memungkiri janji...
apa dosa berdating...
apa dosa munafiq...
apa dosa mengumpat...
apa dosa tengok maksiat..
apa dosa mempersekutukan ALLAH..
kita tahu itu..
kita tahu ini..
tapi kita masih buat jugak dosa tu...
rugilah kita....

WAHAI MANUSIA, SEDARLAH DIRI!
KITA HANYA HAMBA!
BERTINDAKLAH SEPERTI SEORANG HAMBA!
JANGAN SOMBONG DAN MEMBONGKAK DI ATAS BUMI MILIK TUHANMU!!!

malulah pada diri sendiri... kerana Allah masih sayang pada kita....
rebutlah peluang yang masih ada..
sementara mentari belum terbit di ufuk barat...
sedang pintu taubat itu masih terbuka..
Allah tak pernah lokek memberi rahmat pada kita... yang hanya seorang HAMBA...

peringatan utk diri sendiri gak..insya Allah..:))
UNIQUE a.k.a UNIC


~same2 kita hayati bait2 lagu ini..terlalu mendalam maksudnya..sungguh indah sebagai halwa telinga..hiburan yg mendidik jiwa..=)
" siapa kata kita tidak boleh..kita ada ALLAH maha kuasa......umat Islam sentiasa boleh"



Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia


Salam ukhwah buat teman2 seperjuangan..ari ni sy dikejutkan satu berita..huhu..bunyi cm suspen jer..xdelah,,biase2 je kot..patut lah rase plek je smalam..rupe2nya hari ni adalah hari penting teman yg pling sy sayang...bezday sunun rupenya hari ni..hehe..ermm..klu die taw msti die kcik hati..huhu..ermm,,bknnye lupe, tp x perasan lak smlam ari ape..sbuk sgt..xtaw wt ape..pk sal exm lg..nk stdy..xtaw nk mula yg mana..mgu ni mgu exm,,madah lak sumenye susah2...penim2..huhu..tp walaupun lupe..naluri seorang sahabat lain kan...terasa gk la cm ad 'something'..huhu..(saje..nk sedapkan hati..even mmg dh taw yg sy ni terang2 dh bersalah sebab abaikan hari penting sahabat sy..tp bkn sengaja taw..)..=(
Hari ni rase cm x sdap hati jer..slesai je IDC td kol 12 (waktu Jordan)..terus col Ilah nk akidkan betul ke ape yg sy rase ni..huhu..

~ermm..ok,nk imbas kembali perbualan sy ngn bulat...

sy : Lah,ari ni ari gp?ari jd sunun ek?
bulat : Mu ni..ptut la snyap jah male..bdop2 ni siap wish dh ko dyo..aq tgk kt list tu xdop pn nmo mu...nk oyak ko sunun mu lupo besday dyo....!!
sy : Eh..aq x lupo la..tp sero plek jah..huhu..lgpn aq on9 kjap jah..pstu msk blik 'stado'...ermm..gano nih,,msti sunun mroh ko aq...
bulat : tu la mu..nk oyak sununnn.........

~sy : mahir, bulat : ilah, sunun : suhana~ panggilan manja antara kami...^_^
p/s : harap maaf jika ad perkataan yg menyinggung~~tiada kaitan ngn sape2 pn,hanya antara kami..huhu

lebih kurang cm tu kot perbualan antara sy ngn ilah...nk gtaw yg sy ni mmg dh jd pelupa..pk ape pn ntah lah...tp rase bersalah tu tetap ada..sb hari ni kn hari penting sahabat sy...mn blh lupe...maafkan aq sunun..selesai je ckp ngn ilah, terus g cari weinak nk col sunun..mmg sdey sgt sb weinak sume dh abis..tp nsib baek ad rumate kesayangan yg sorang nih..Asmaq..die ckp die ad satu lg weinak yg x gune lg..hehe..hati yg sdey tbe2 berbunga kembali...mmg hepi lah..terus col sunun...^_^...

mmg lawak sgt hari ni....mcm2..hehe..sy nk gunakan kesempatan yg ad nie..nk wish kt sahabat yg paling sy sayang..yg selalu melekat di hati sy ni..yg selalu bersama sy dlm susah mahu pun senang,,selalu menjadi pendengar setia sy..selalu menjadi teman saat sy kesepian...sy harap die ad tika ini..membaca tiap baris kata yg saya tuturkan ini..bahawasanya sy nk die taw yg sy lah teman paling bahagia dpt bersahabat dengannya..n sy harap die mengerti kata yg tulus datangnya dari hati yg kecil ini...

~dengan ini...sy wan maheran bt wan mohd zain...teman kpd suhana bt bedin...ataw panggilan manjanya sunun..hehe..ingin memberi sedikit ucapan selamat Hari Jadi yg ke 24...nun, aq x pnah lupa kenangan2 yg pnah kita cipta dlu bersama sahabat2 yg lain..yg sejiwa ngn kita..yg selalu bersama..ilah, dayah, kak, k.zura, nini...pergi mn2 slalu bersama..tp kli ini aq betul2 terkilan sebab xdpt nk celebrate bezday mu sama2..sedey..mmg sedey sgt..td mu ckp aku ngn ilah dk jauh..klu dkat blh sme2 celebrate bezday mu...ermm..tp nk wt cm ne..ini jalan yg kita pilih..demi mengejar cita2..kita same2 mencipta harapan dan impian..masing2 kadang2 bz n xde mase nk luangkan mase bersama..tp walaupun bz kita x pnah lupe kn?ada ketika kita rase jauh sgt..mngkin ini dugaan dan hati kita diuji...mngkin ALLAH nk eratkan lg ukhwah yg dh terbina ni kan...:)...td mu tnye aq..nk bg hadiah ape..ermmm..aq pk sorang2..nk bg ape ek??mmg x taw nk bg ape..sb jauh kn..aq grau, aq ckp aku nk bg pasir2 Jordan..sb kt malay mn ad pasir cm Jordan ni kan..hehehe..saje nk wt lawak..sb aq xnk mu rase kecik hati ngn aq..dh la aq pling lwt wish kt mu...=(...aq mntk mf byk2 taw...aq x sngaje..tp lain kli nk wt lg..hehehe...aq xde hadiah yg special nk bg kt mu..tp aq ad doa yg tulus dan aq akan selalu hadiahkan doa dan ucapan kt mu..agar sahabat aq ni sentiasa dalam jagaanNYA..sentiasa dlm keadaan hepi..aq xnk mu sedey..sb aq taw..betapa peritnya rase ble bersendirian..n rase sedey seorang diri..aq akan doakan mu bahagia slalu...moga tercapai segala impian..dapat lalui hari2 yg mendatang dengan hati yg tabah..x mudah mengalah dengan takdir..walaupun kadang2 hati kita sering diuji dengan mcm2 masalah...kita bkn bdk2 lg kn??tp rase cm bdk2 lg..hehe..sb kita xrase kita dh matured..mmg prangai kita cm bdk2..tp sume tu dh berlalu..kita skng ni dh mkin matang..nk kata tua tu, x lah kot..huhu..msih xnk ngaku...ermm..ape pun...nk ckp kt cni yg aq mmg syg sgt kt sunun..hehe..xde sape yg blh jd sunun yg ke dua taw..sb mu mmg kwn terbaek..mmg dh fhm sgt2 dh jiwa aq...thankz fren..skng ni pn dh terbukti kan..walaupun kita terpisah jauh..namun ukhwah ini x pnah pudar..sb hati kita selalu dekat..=)

~Akhir kalam,smbutlah salam rindu dari ku buat mu...^_^nk exm pn sempat lg luangkan mse taw...nk buktikan yg aq ni syg sgt kt mu..hehe..tgu kepulangan aq taw..peace!!

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.



Bismillahirrahmanirrahim......Segala kesyukuran dipanjatkan buat al-Khaliq..kerana kita masih lagi dihadiahkan nikmat kesihatan yg sempurna..dan dapat menjalani hari2 seterusnya dengan kekuatan iman di hati...biarpun kdg kala terasa sedikit lemah dan goyah apabila diuji..Alhamdulillah..ape yg berlaku sedikit sebanyak mengajar kita erti sabar dan yang paling penting dapat mematangkan diri agar tabah menjalani hari2 yg mendatang........Fatrah imtihan dh pun bermula..ermm..kejap je rase,..skng ni dh stat imtihan awl lak...huhu..mmg cpt masa berlalu..x sedar langsung..tp ape yg pling penting kne tajdid niat slalu..mesti igt azam yg bru dibina..(^_^)...' nk hepikan insan2 yg sy sayang..especially my family..tuntut ilmu byk2 n kejar cita2 yg satu!! '..insyaALLAH..moga ditetapkan niat dan pendirian ini..rase seronok sgt skng nie..x taw nape..hepi x terkata..huhu..ntah lah..sukar utk diluahkan melalui kata2..hanya DIA saja mengerti apa yg tersirat, kerana DIA lah yg menciptakan segala rasa ini...huhu..syukran ya RABB...hurmm..walaupun exm dh stat, masih lg sempat nk update blog..hehe..biasalah, dh memang keje sy..klu x ngadap laptop dlm sehari mmg x sah..klu laptop x berfungsi dlm sehari tu mmg ad something wrong lah..huhu.mmg plek..tp ini adalah minat sy...masing2 punye minat yg berbeza kn?...ok,rase ckup lh dlu utk hari nie..kne stdy lak..mgu dpn n mgu seterusnya mmg bz lh skt..mngkin jarang2 dh nk update page ni..tme ksh kpd visitor2 yg sentiasa singgah dan menjadi pembaca setia kt blog sy nie..klu ad pape cadangan atawpun rase pape yg perlu diubah or ditambah sila tinggalkan komentar anda ye..doakan agar sy dpt menjalani imtihan dengan jayanya..dpt buat yg terbaik...moga dipermudahkan segala2nya...insyALLAH...^_^ ameen...




~cinta hati saya~

Daisypath Friendship tickers