"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

Nabi bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia."(HR. Muslim)

Allah berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Ali Imran : 133-134)

Nabi pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)"

Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)

~sesungguhnya terlalu payah utk melakukan perkara baik..dan sememangnya senang membiarkan fikiran ini dihantui dengan sifat2 mazmumah..segalanya tercetus dari diri yg dhaif sama ada 'terpaksa' mengalah atawpun terusan membiarkan diri hanyut dengan hati yang 'sakit' oleh kerana sukar utk menghadapi kenyataan..maaf??insyALLAH..berjanji pd diri..dan mulai ari ini..ingin sekali sy nyatakan even x mampu terluah dengan kata2,namun jauh di sudut hati ini..dengan rasa tulus n ikhlas..sy sudah pun memaafkan sesiapa saje yg telah 'menyakiti' hati ini.. dan memohon jutaan kemafaan diatas segala kehilafan secara sengaja atawpun tidak..semoga ALLAH mengampuni dosa2 kita yg berpunca dari hati yg 'sakit' ini..jua kita tergolong dlm kalangan hamba2NYA yg sentiasa sabar dlm menghadapi mehnah hidup ini..ameen..♥


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain.
Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism){Physical Power}
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq){Strong Character}
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri){Thinking Brilliantly}
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.
Pesan Imam Banna:
“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi){Independent}
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah){Good Faith}
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah){Right Devotion}
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi){Continence}
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8 )Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi){Good Time Management}
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi){Well Organized}
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi){Giving Contribution}
Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

~Wajib keatas setiap MUSLIM memulakan dengan memperbaiki dirinya,kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yg meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab Islami~


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…selaut kesyukuran serta jutaan kepujian buat yg ESA krn hari ini masih diberi peluang utk terus bernafas..diberi taklifan sebagai hamba utk melaksanakan tugas yg xkan ada penghujungnya sehingga ke akhirnya..tugas yg sgt berat..moga dengan keupayaan ini,kte masih mampu melawan segala cabaran n dugaan yg datang silih berganti..yg datang utk menguji tahap keimanan dan kesabaran dlm diri..insyALLAH..same2 berusaha utk menjadi hambaNYA yg sntiasa taat akan perintahNYA..walaupun diri kte seakan lemah..kadangkala iman mudah saja berubah..kadang2 naek..n kadang2 iman kita rapuh..dengan mudahnya kite tewas dengan godaan musuh ALLAH..astaghfirullah…moga kte sentiasa berwaspada dan menjaga ‘harta’ yang sangat berharga ini..iaitu anugerah Iman&Islam, seharusnya kte sentiasa bersyukur dan berasa bangga kerana dilahirkan sebagai muslim..namun,apakah dengan rasa bangga sudah cukup membuatkan kte rse selamat kerana dilahirkan sebagai muslim?tidakkah kte terfikir akan tanggunggjawab2 kte sebagai hambaNYA di bumi yg sementara ini?bukan sekadar dengan mengucap kalimah syahadah..jika kita sntiasa menyedari akan hakikat ini, sudah tentu kita tiada masa utk memikirkan hal2 remeh yg laen..dengan kesedaran yg tidak seberapa ini,harapnya kte akan terus berusaha meletakkan diri di landasan yg betul n matlamat utk menjadi hambaNYA yg bertaqwa bukanlah suatu khayalan semata2..ingatlah bahawa ALLAH tidak pernah tidur..DIA sentiasa mendengar tiap luahan serta rintihan hambaNYA yg memohon dengan setulus hati.

“Dan orang-orang yang BERUSAHA dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan MEMIMPIN mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka BERGEMBIRA serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha MEMBAIKI amalannya.” (29:69)

Dalam melayari kehidupan yg penuh pancaroba ini, kita seringkali tidak terlepas dari melakukan pelbagai kekhilafan..secara sengaja or tidak, segalanya berlaku bagaikan sekelip mata..ujian itu dan ini datang tanpa dipinta..diri seakan mengeluh dan cuba menyalahkan diri sendiri..apa lagi,mula lah mengatakan bahawa dunia ini tidak adil hanya kerana kita perlu berhadapan dengan pelbagai masalah..sudah tidak adakah jalan bahagia utk kita?persoalan sebegini lah yg sentiasa kita persoalkan apabila dirundung masalah atawpun perkara2 yg tidak menyenangkan berlaku keatas diri kita.namun, sampa bila kita harus menyalahkan takdir..dalam masa yg sama tidak ad sedikitpun usaha utk menyelesaikan masalah tersebut..jika kita sentiasa berfikiran positif,sentiasa bersangka baek dengan ALLAH..persoalan sedemikian sudah tentu tudak wujud dan kita xkn pernah utk menyalahkan diri kita apa lagi mengeluh mengenangkan nasib yg menimpa diri.wahai diri..hamba yg sangat lemah..sedarilah akan hakikat sebuah kehidupan ini..biarpun pahit perjuangan ini,pasti akan ada kemanisannya kelak..selagi kita percaya dan yakin bahawa ALLAH sentiasa bersama..walau susah bagaimana skalipun, tetap diharungi jua..kerna kta taw xkn selamanya kesusahan itu mendampingi kita..berdoa dan bertawakallah kpd ALLAH..kerana DIA adalah sebaik2 ruang utk kta mengadu segala masalah..segala kesah..segala kekacauan yg bersarang d hati..dengan berkat kesabaran,insyALLAH kta mampu menjadi hambaNYA yg sentiasa REDHA dgn ketentuanNYA..ameen~

~Bersabarlah dan bermuhasabahlah,setiap manusia telah ditetapkan rezekinya dan bersyukur atas pemberiannya.Bersyukur bukan duduk menadah tangan tanpa usaha tetapi berusaha menjadi yang terbaik.

~ Moga kita tergolong dlm kalangan hamba2 yang sntiasa bersyukur dengan rahmatNYA..~

~Bismillahirrahmanirrahim,,masih diberi ruang dan kesempatan utk meneruskan saki baki hari2 berikutnya yang semakin mencabar..ALHAMDULILLAH, dipanjatkan rasa syukur yg tidak terhingga krn masih bernafas dan tetap setia dengan Ad-deen yg satu..bernafas sebagai seorang hamba yg penuh dgn kedhaifan di bumiNYA ini..ermm,dikesempatan ini jua suka utk saya kongsikan ngn anda sume ttg artikel ni,,rse terpanggil nk post kt 'bila hati bicara' ni..selepas baca artikel tersebut rase begitu menarik n sgt tertarik ngn isi n kata2 yg disampaikan..sekadar perkongsian semoga mendapat manfaat darinya...uhibbikum fillah abadan abadaa~

♥Cinta Sebelum Kahwin♥

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada
pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita
rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta
pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang
dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.Cinta sebelum
perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan
menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan.
Sebaik baiknya kita jauhi..
Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat
suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah,
maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga
dan memelihara perkara-perkara berikut:

Pertama♥ :
Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti
kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang
ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan
perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat
kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu
bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

Kedua♥ :
Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor
kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa
memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai
kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan
memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak
dan ajaran agama semasa bercinta

Ketiga♥ :
Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang
dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta
itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan
mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

Keempat♥ :
Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati
supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup
sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau
keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat
istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan
pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan
rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah
tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu
adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan
Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih,
bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum
perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan
hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta
terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut
oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang
sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu
berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada
di khalayak ramai.

♥Cinta Selepas Bertunang♥

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk
mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang
dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda
pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya
kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati
dan pendirian pasangan.

Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah
terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh
sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat
Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri
pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah
ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala
perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal
bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh
melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan,
cium-berciuman dan sebagainya.

Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi
suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah
dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu
menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.


♥Cinta Selepas Kahwin♥

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang
terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang
dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia
menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat
hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu.
Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan
fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan
dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan
suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang
sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan
cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati
hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih
sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

♥.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang,
pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai
perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha
memelihara amanah dan janji yang dibuat.

♥.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin.
Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan
tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan
untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan.
Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah
alternatif.

♥.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami
isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah
pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat
dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar
sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama
sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual,
dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah
dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum
mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.♥♥

~cinta hati saya~

Daisypath Friendship tickers