Nape nie???tbe2 je rase serabut..penim..xtaw pk sal pe..buat tu salah..buat ini pn salah..sumenye cm x betul..ad mslh ker?hurmm..ntah la..myb kot..ape yg sy rase sbnrnye nie???sy blurr..sedey??sakit atie??x taw nk describe cmne..myb xde org pn blh fhm kot,,cz sy sndiri pn x fhm..huhu..lwak jgk..^_^....tp apa yg pasti, DIA lbh mengetahui..plez help me..!!x suke situasi cm ni..bila ngadu kt seseorang tu,,of coz die mst ckp "hati kita kan selalu tenang jika selalu ingatkan DIA..walau apa pn situasi yg kita hadapi..ingtlah DIA sentiasa bersama kita dalam sush mahupun senang..DIA nk uji kita sebagai hambaNYA agar tidak cepat melatah..sabar lah..myb ada hikmah disebalik 'rasa' ini.."ermm..betul,mmg btul sgt ape yg die gtaw..tp kdg2 kita perlukan jgk someone..at least sorang la sbg tempat utk kita berkongsi rasa or anything else..klu x,xkn la kita dikurniakan teman2 n sahabat2 dalam hidup nie..ble kita susah,kita ad die utk mengadu n sbg org penting utk kita luahkan masalah,,ble kte senang kte ad die sentiasa bersama2 menemani dan sentiasa melangkah seiringan..tp sy x pnh lupe ttg hal ini..jika kita mengadu pada DIA..secara automatik hati ni menjadi tenang.sb DIA terlalu memahami apa yg kita rasa..btul kn?sy fhm sgt2 ape yg die maksudkan..x slah nk share ngn seseorang..tp dalam masa yg sama,kte mst ingat bahawa kita masih ad DIA yg menciptakan segala 'rasa' ini..pencipta mutlak hati kita..so,skng ni kita same2 muhasabah diri kita ek..jgn cpt nk marah..jgn cepat nk salahkn org..kn dh matured..mst pk yg terbaiklh utk diri kita^_^...n mst slalu ingat di saat suka n duka ALLAH sntiasa bersama kita..ALLAH sebaik2 tempat mengadu..mst bersangka baik dengan ape yg berlaku..insyaALLAH,kita pasti akan menemui ketenangan di situ...ble hati jadi tenang,segalanya akan 'ok'....Alhamdulillah...moga diberi kekuatan itu...T_T








1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama saya (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah .a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah .a berkata, "saya bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT."


~Hari-hari yang dilalui terlalu pantas berlalu meninggalkan diri yg masih terkapai2 mencari erti sebenar kehidupan..terlalu pahit utk ditelan..terlalu sakit utk diubati..terlalu sukar utk dielakkan..tidak pernah terlintas d hati ini utk menyalahkan takdir yg tlh tersiap sedia tercipta buat diri ini..bukan menyalahkan sang Pencipta di atas ape yg berlaku..bukan sesekali menolak ketentuan ini..namun,hati kecil seringkali merintih, cuba utk menahan sendu agar diri tidak terlalu goyah dan lemah dengan permainan duniawi yg seakan mengheret diri ke lembah keputus asaan..hati..bicaralah sendirian..cubalah mengerti..cubalah utk membina kembali semangat yg hampir pudar ini..hati..tabah lah selagi termampu..

~Tuhan..tiada tempat yg pling terbaik selain hanya padaMu...sebaik2 tempat sebagai ruang utk hati ini mengadu...hanya padaMU diri bersujud..memohon kasih..meminta belas..mengharap redha agar hati bisa tenang..agar diri dapat merasai sebenar2 cinta..merasai kehebatan cinta agung dariMU..hanya padaMu jua diri bersujud..memohon cinta yg tulus..yg tiada tandingnya..yg tiada pada hamba2MU..teguhkan rasa cinta ini hanya padaMu..

~Tuhan..peliharalah iman ini..jua diri yg terlalu dhaif ini..bantulah diri dalam menuju cinta abadi..seakan tidak layak utk merasai manisnya cintaMu..namun diri cuba dan sentiasa akan berusaha agar kemanisan itu dapat jua dirasai seperti hamba2Mu yg terpilih..diri ini pasti tidak akan merasa nikmatnya kehidupan ini andai tanpa inayah dan limpahan kurniaanMu..

~Tuhan..mengertilah rintihan hati ini..selamilah yg tersirat di hati ini..ketahuilah bahawa hamba sentiasa mengharapkan redhaMu dalam meniti hari...tuntun langkah ini agar tidak tersasar dari rahmat dan kasih sayangMu ..tunjukkan jalan yg kau redhai..jangan biarkan hamba terkorban dengan dunia..

~Tuhan..kuatkan hati ini..kuatkan semangat yg hampir luntur ini..suburkanlah rasa cinta ini hanya untukMu wahai pemilik hati ini......dengarlah sendu rayu ku...
















~ 13,14,15 januari 2011
Ad satu kisah..pd tarikh tersebut sy telah mengikuti satu program..ermm,agak menarik jugak..sb program mcm ni la yg slalu sy tgu..of coz la sb dapat kumpul ramai2 anak2 klate seluruh Jordan..hepi??blh la kot..mn blh x hepi,dpt jmp adeq kesayangan lg..^_^...Festival Sukan Mahasiswa Kelantan Jordan (FESMAK). Program ni julung2 kali diadakan oleh Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan melalui Biro Sukan dan Kebudayaan KMKJ 2010/2011..tujuan Fesmak diadakan bertujuan utk mempamerkan bakat dlm bidang sukan, akademik dan kebudayaan selain merapatkan hubungan silaturrahim sesame ahli.

'kerana ukhwah itu indah'

~bersesuaian ngn tema..mmg program ni dapat menyatukan hati2 kami yg dh lame terpisah..ukhwah ini mmg indah..sume akhawat2 klate sporting2.ok,nk citer ckt cm ne program ni berlangsung..hari pertama kami (mantiqah mafraq) sampai ke sana di sambut meriah oleh tuan rumah..rase sedikit penat krn kami smpai ke sana lbh kurang 12 tgh malam..~time org tdo dh tu~..tp dsebabkan disambut mesra oleh tuan rumah,rase penat hilang ckt2...hehe..smpai je kt sane kami terus dibawa ke wisma utk mendengar taklimat dari ajk pelaksana..kami di tempatkan di bayt2 student mu'tah..sy lak menumpang di 'bayt 'izzudin' ngn nor,maryam,sya,wani n amalia..seronok sgt bermalam kt umah dorang..ahli bayt sumenye sporting2..ahli bayt yg sy maksudkan ialah masyitah,karimah,aisyah,haida,aisyah(sabah)..sumenye adeq2 thn satu..

~pada hari berikutnya, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu gua muse,paser puteh,jeli n ranta panje..huhu,,lbh kurang cm tu kot ejaannya..maklumlah ore klate blako..msti ad yg tergelak kot..senyum pn xpe..^_^..sy lak termasuk dlm kumpulan gua muse..mcm2 gaya ad..sumenye cm sronok hepi jer.dh jmpe group msing2, pastu kne msk bertanding lak..ermm..klu bab sukan ni mmg no last skali ah...mmg x pndai n x berbakat langsung.tp, nk x nk kne main gk..cian lak kt leader dk cri nama2 yg nk main.xde sape pn nk main..sb group ktorang ni sumenye ayu2 blaka..hehe..maknenye mmg x pndai lngsung nk main..antara permainan yg kne main:badminton,bola jaring,bola tampar..klu indoor lak congkak,carom,catur..

~ermm..mmg dh terbukti group ktorang mmg terkebelakang..^_^..tp seronok sgt.ktorang main bkn semata2 utk dapatkan hadiah, tp utk suke2..sumenye mmg sporting sgt2..bila tiba hari last program tu, ad lak majlis kebudayaan yg disertai oleh syabab setiap mantiqah..selama 3 hari kt sane rase cm skejap jer..huhu..sronok berada di sane krn kami di beri layanan istimewa..asyik makan jer..hehe..itu yg penting kott..tp yg paling seronok sgt blh tgk dikir barat..huhu~comeyyy~^_^

~selesai je majlis perasmian penutup oleh ustaz sulaiman, kami bersiap utk pulang ke mafraq..tme kasih pd mereka2 yg bertungkus lumus menjayakan program ni..mmg mantap lah Fesmak..(^_')









~kembara sufi~jaulah jordan~

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran dipanjatkan buat Illahi..tanda terima kasih yg tdk terhingga kerana diri ini masih diberi peluang utk terus merasai nikmat kehidupan yg penuh suka n duka..jua tdk lupa same2 kte hadiahkan selawat dan salam buat junjungan mulia moga syafaat baginda mengiringi 'perjalanan' kite ke 'sane' nt...moga iman ini sentiasa berada d landasan yg betul..ameen..

ermm..rsenye dh hmpir smgu kot x update blog ni..maklumlah,bz sgt..buat ape ntah rase bz sgt..^_^..okay,17,18,19 hb yg lps sy ngn sahabat2 yg laen tlh mengikuti satu program..bez sgt program nie..biase lah,cti2 cm ni byk sgt program..mcm2..salah satu nye jaulah jordan..tema JJ kali nie 'kembara sufi dataran syam 2011'..1st time rase nye selama menghuni di bumi Urdun ni sy pergi 'jalan2'..org laen habis tempat dh pergi ziarah..adeq2 yg bru dtg pn sumenye dh pergi merata tempat..myb mase yg x mengizinkan..ok, klu nk di ceritakan mmg byk sgt pengalaman baru yg sy dpt..insyaALLAH sy cbe pendekkn..^_^

'kembara sufi dataran syam'

Selama 3 hari berturut2 kami didedahkan dengan pelbagai sejarah dan selok belok tentang Jordan..seronok sangat..sb sebelum ni juz dapat tgk kt tv jer..hanya boleh dengar je ape yg disampaikan tp x pernah merasa pn..sy kira ini adalah pengalaman yg sgt bermakna yg pernah sy lalui..teruja..terharu..bagaikan x percaya ape yg sy lihat..ape yg sy dgr seblm ni..sumenye ad di depan mata!!Subhanallah..ok, sy nk citer ckt ape yg berlaku selama 3 ari tersebut…’kami’ sumenye lbh krg 60 org..bersama2 mengembara mencari ibrah dan menjejaki sejarah tinggalan Rasul dan para Sahabat.

17 januari 2011-kami bertolak ke destinasi pertama iaitu Jabal Qal’ah (Amman Citadel)..ia merupakan sebuah laman bersejarah nasional di tgh pusat Bandar Amman,Jordan. Bukit berbentuk L salah satu dari tujuh bukit yg awalnya di buat Amman. Bukti pendudukan sejak tempoh neolitik telah dijumpai sehingga di antara tempat2 yg tertua di dunia terus menerus di huni.sejarah citadel Amman merupakan tamadun yg disignifikan yg membentang di benua dan makmur selama berkurun-kurun sbg salah satu kerajaan memunculkan seterusnya.hal ini juga melambangkan kelahiran tiga Agama monoteistik besar-Islam,Yahudi,Kristian…~Maklumat tambahan, nama Amman dipilih sbg ibu Negara Jordan setelah di tukar dari Philadelphia dan rabbath-ammon..~kami berpeluang melawat ke muzium arkeologi Jordan..dalam muzium tersebut byk tersimpan pelbagai peninggalan sejarah yg sgt penting dan berharga. Kami x lepaskan peluang utk bergambar dan mendapatkan maklumat penting ttg muzium tersebut..mmg teruja sgt dpt menyaksikan kesemuanya di depan mata..^_^…..

Pd hari yg same, kami meneruskan destinasi ke Ashabul Kahfi..yg mana ianya mengisahkan ttg 7 pemuda beriman beserta seekor anjing yang dimatikan di dalam sebuah gua dan dihidupkan kembali 309 tahun kemudian. Sgt menarik utk dikongsi bersama..sebagaimana yg telah kita ketahui, kisah 7 pemuda ini terdapat dlm kitab suci Al-Quranul karim (surah al-Kahfi)..sebagaimana ALLAH swt berfirman :

Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas –menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;

1. Maksalmina

2. Tamlikha

3. Martunus

4. Bainunus atau Nainunus

5. Sarbunus

6.Dzunuanus

7. Kasyfitatanunus

Kisah 7 pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan Raja yg zalim dan mengakui bahawa mereka hanya beriman kpd ALLAH yg menguasai langit dan bumi.7 org pemuda tersebut melarikan diri dari raja yg zalim bersama seekor anjing mereka ke sebuah gua dan bersembunyi di situ, lalu mereka ditidurkan oleh ALLAH selama 309 tahun Qamariah..same2 kita menghayati kisah penuh ttg 7 org pemuda ini dalam Surah al-Kahfi..^_^~lokasi gua Ashabul Kahfi terletak kira2 7km dari pusat bandar Amman,Jordan.~

~ ma’rakah mu’tah

~ makam para Sahabat

Kami meneruskan perjalanan ke dua2 destinasi ini sebelum bermalam di mu’tah..kami berpeluang utk melihat dgn lebih dekat makam para Sahabat seperti makam Zaid bin Harithah. Makam Jaafar bin Abi Talib dan makam Abdullah bin Rawahah..

18 januari 2011- destinasi utk hari kedua, kami bertolak dari penginapan seawal pagi…dalam perjalan ke petra, kami singgah sekejap di wadi musa..

Tibalah saat kemuncak pengembaraan kami- setibanya kami di Petra, kami disajikan dgn pemandangan yg sgt menarik..suasana yg sgt indah x pernah di alami sebelum ni..sesuatu yg menarik utk dikongsi bersama…mereka yg bersama sy waktu itu sudah pasti mengiakan setiap baris kata yg sy tuturkan..inilah salah satu dari 7 keajaiban baru dunia!!kenangan yg pasti tidak akan sy lupe smpai ble2…pengalaman pertama yg sgt berharga.jika berpeluang, ingin kesana lg!^_^

~Petra

Sedikit maklumat ttg Petra: Petra adalah harta dunia kuno tersembunyi di balik sebuah penghalang yg hampir tak tertembus pergunungan kasar. Dikatakan “mungkin tidak ada di dunia yg menyerupai itu”. Sebenarnya yg pasti, tidak ada di dunia yg menyerupai itu. Kota mawar merah rock-ukiran Petra penuh pesona misteri. Dikagumi maka utk budaya halus,senibina besar dan kompleks cerdik empangan dan saluran air, petra skng menjadi halaman warisan dunia UNESCO dan salah satu dari the 7 Keajaiban Baru Dunia yang mempesona pengunjung dari penjuru dunia.

~ Pertama kali menjejakkan kaki di Petra, rase cm xnk berundur je..huhu..maknanya x nk blik lah kot..excited sgt..blh dikatakan sume tempat nk dijadikan kenangan. Terpegun, terpesona..mmg cantik sgt..mmg sukar utk gambarkan perasaan ini..terlalu seronok melihat keajaiban yg ad di depan mata..klu blh nk suh je bdk2 ni cubit pp ni..mn taw,kot2 mimpi ke..hehe.tp ape yg pasti, ini bukanlah khayalan semata2..^_^..perkara yg x dpt sy lupekan di Petra, berpeluang menunggang himar(keldai)..nk merasa menunggang unta xleh dh..himar pn jadi lah..mula2 tu rase tkut sgt..sb 1st time dlm hdup lak tu..x pernah2 lg sblm nie..menunggang himar..huhu..seronok lak rase, sehingga kami jadi tumpuan pelancong asing..siap tlg ambk gmbr ktorang lg..sweet nye rase..hehe..thankz God!!Alhamdulillah….

19 januari 2011- kami check out dari hotel di Aqabah..meneruskan detinasi utk kesekian kalinya..jika berada di Aqabah, tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke laut merah (red sea) yg terletak di tengah2 sempadan antara Israel,Jordan dan mesir..kami berpeluang merasai menaiki bot kaca..melihat keindahan yg berada di dasar laut..cantik sgt..

~ destinasi terakhir sebelum bertolak pulang ke mafraq, kami meneruskan pengembaraan ke wadi rum..wadi rum adalah kawasan lindungan seluas 720 km₂ dari padang gurun dramatik di selatan Jordan. Gunung besar dari batu pasir dan granit muncul tipis-sisi dari lembah pasir luas utk mencapai ketinggian 1700m. untuk melindungi lanskap gurun yg unik, wadi rum dinyatakan kawasan perlindungan pada tahun 1998.

Di sane, kami dibawa menaiki jeep utk melihat sunset…pengalaman baru yg sgt menarik..dapat melihat segala2nya di depan mata..kami menyaksikan matahari terbenam dibawa senja..

~cantikk..sungguh indah ciptaan sang Pencipta..segalanya berlaku mengikut aturan yg sgt sempurna..hebatnya kuasa al-Khaliq..moga pengembaraan ini tidak terhenti di sini…….

Ps~ maklumat sejarah dari pemplet ‘kembara sufi dataran syam 2011’..jika terdapat maklumat yg sy smpaikan adalah salah,sila perbetulkan..tq^_^



Ble boring2,sy akn lakukan bnd yg blh buatkan sy rase hepi..slh stu adlh sy akan dgr n cube hayati lgu2 yg menjadi favourite sy..Sy suke layan lagu ini..sy nk share ngn kamu sume!!kerna kamu sume sgt bemakna bg sy..mksudnye sgt mendalam..jom sme2 kte layan lagu nie..(^_^)

video


~karena hati bicara~

mengharungi samudera mahligai nan suci
penuh gelombang silih berganti
semua adalah ujian penguat cinta
bila hati bicara

* terkadang tak perlu terucap kata-kata
untuk selami dalamnya hatimu
susah senangmu jadi bagian hidupku
karena hati bicara

reff:
tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
karunia Illahi mempersatukan dua hati
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

repeat *
repeat reff [3x]

ku rasa yang kau rasa karena hati bicara






Perkara yg sgt2 tkut utk sy hadapi..sy xnk sume ni!!kata org,jika kita tbe2 ingat kembali pd seseorang yg dh lme pergi jauh dr hati kita,tbe2 memkirkan ttg die,memikirkan segala hal ttg die..maknanya die juga sdg mengingati kita...btul ke??ermm..ntah,nk caye ke x..tp blh caye ckt2 kott..huhu..hurm...moga die hepi,moga die shat sentiasa...moga die kuat hadapi segala kemungkinan yg mendatang..moga hati die sudah sembuh dari kekecewaan ini..ya ALLAH,kuatkan die..maafkan sy..awkk!!
ermmm..terkejut pn ada..pd beberapa mgu yg lps,tgh seronok nk buka fb,tbe2 tgk ad pic baby..kakak yg tagkan..risik punye risik,rupe2nye sy dpt ank buah lg..huhu..sedikit terkilan sb x dpt nk tgk die dari dekat..Alhamdulillah..hero lg..huhu..kempunan lg la jwbnye nk merasa baby girl..baby yg comey nie di beri nama wan muhammad adib haziq,,moga mnjadi anak yg cerdik n soleh..ameen,,,




~buah hati pengarang jantung~




Saya begitu tertarik dgn tajuk ini...begitu menyentuh hati ini..betapa dhaifnya diri ini...betapa kerdilnya sy rase..diri ini belum mampu utk merubah sepenuhnya...ya ALLAH kuatkan hamba..terasa hinanya diri ini...terima kasih kerana mengejutkan aku dari lena yg panjang ini...terima kasih krn menyedarkan hambaMu ini....bantulah aku menuju jalan pulang...moga ini adalah yg terbaik utk ku..
terima kasih jua kepada mereka2 yg bertanggungjawab memberi 'kesedaran' ini kepada ku....
jazakumullahulkhair..
~bersama-sama berubah dan berhijrah kearah kebaikan...~

by;www.AbdullahMahdi.com

Ramai wanita yang mengimpikan diri dinobat wanita solehah, tapi malang dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah.Sedang ia berusaha memperbaiki diri sendiri, tanpa disedari ia sedang melumurkan najis pada hati sendiri.Kadang-kala hati bergelora inginkan perubahan, namun malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang, akhirnya lemas di lautan dalam.Sebenarnya kenapakah anda berpurdah?cuba teliti, mungkin ada salah satu jawapan dibawah :

Mungkin kalian ingin menunjukkan pada orang lain bahawa kalian adalah solehah

Mungkin kalian ingin menawan hati lelaki yang beriman

Mungkin ingin dianggap sebagai seorang seorang gadis cantik, kerana kebiasaannya wanita berpurdah di kaitkan dengan seorang yang berwajah cantik

Mungkin ingin lebih menonjol berbanding kawan-kawan yang tidak berpurdah

Atau mungkin juga hanya kerana takut dirogol

Andaikata salah satu jawapan diatas adalah selari dengan apa yang tersemai di hati kalian, tahniah! kerana nafsu kalian telah berjaya menumpaskan iman.
Solehah Bukan Di Mata
Lelaki bukan memandang solehah seorang wanita pada purdah yang dipakai, atau labuhnya jubah yang digandal.Namun solehah itu terletak pada hati.Ramai dikalangan wanita yang memakai purdah, tetapi apabila berbicara dengan lelaki, MasyaAllah! jauh sekali dengan penampilan, hanya indah khabar dari rupa, hidup hanya untuk sedap di pandang mata.Sahabat, bukan begitu caranya mejadi wanita solehah.
Tak kurang juga yang memakai sarung lengan, sepatutnya bila kalian memakainya, cubalah kalian sembunyikan menggunakan lengan baju dengan semampunya.Inikan tidak, lengan baju yang elok kalian sinsingkannya(lipatkan untuk menampakkan sarung lengan).Untuk apa?untuk menunjuk-nunjuk?.Kalau begitu sama sahaja kalian dengan Mami Jarum yang suka menunjukkan perhiasannya.Dan kalian akan bersama-sama golongan seperti mereka menghirup azab api neraka.
Bukanlah bermakna saya menafikan kebaikan berpurdah atau tidak menyukainya, namun peringatan agar dalam melakukan sesuatu keharusan kita tidak menambahkan lagi dosa.Biarlah sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada di tubuhnya, walaupun kita mengerti bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya, tapi kita mesti teruskan usaha.Sesungguhnya Allah senantiasa bersama sangkaan hambanya.
Ikhlas Menutup Pintu Fitnah,
Pemakaian purdah sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah, bukan menambahkan lagi kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah.Sekalipun kalian berpurdah, belum tentu kalian memakainya semata-mata kerana Allah,renungkanlah apakah sikap dan sifat di bawah adalah kelakuan kalian :
Suka mengupload gambar berpurdah/berpenampilan solehah di Facebook
Menampakah wajah tanpa purdah kepada lelaki muhrim yang dicintai melalui Yahoo Mesengger atau sebagainya
Memakai purdah hanya di tempat-tempat tertentu
Memberikan gambar yang berpenampilan solehah kepada lelaki muhrim
Andaikata salah satu atau lebih daripada ciri-ciri yang saya berikan adalah wujud dalam diri kalian, maka muhasabahlah dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan.Sesungguhnya mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup pintu fitnah pada diri mereka, tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan halal untuk di zahirkan.Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan.Saya sebagai lelaki tahu untuk memikirkan, kenapakah kalian tidak pernah terfikir di benak fikiran?
Maksiat Di Sebalik Tudung
Fenomena yang tidak asing lagi mewarnai wanita bertudung, ada sebahagian wanita yang mengambil kesempatan bertudung untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk bila bersama-sama dengan lelaki, sehingga tudung itulah yang dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya, membenarkan teman lelaki memuaskan nafsu serakahnya, bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa ia sedang hamilkan anak luar nikah.Kalau pakai tudung, orang takkan nampak ada dua tangan jantan yang sedang memegang "tombol" api neraka di badannya.Wanita inilah yang menodai kesucian mereka yang benar-benar memakainya kerana mematuhi syariat Allah.Demikianlah wanita yang bergelar calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti.Ambillah nasihat yang baik daripada bicaraku ini.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri” (Al-Baqarah [2]:ayat 222)

Oleh : Dr Yusuf Qardhawi


Ulama ada berpendapat wajib dan ada juga yang berpendapat harus. Kadangkala ketidakmampuan kita menguasai al quran dan as sunah terpaksa merujuk kepada tulisan ulama'. Maka ada yang berpendapat wajib dan juga harus. Penilaian kita selaku golongan muttabi', iaitu golongan yang mengikut dalil, bukan individu tertentu seperti muqallid.

Ada dua pendapat; pertama menyatakan bahawa purdah ini adalah satu rekaan yang dimasukkan ke dalam Islam. Bagi mereka purdah ini adalah bid'ah, iaitu setiap perkara yang tidak datang dari Allah dan Rasul SAW. Berlawanan dengan pendapat ini, ada yang mengatakan sesungguhnya purdah adalah dari Islam sendiri. Mwnutup muka adalah kewajipan agama yang tidak harus dianggap sambil lewa. Jangan kita musykil, saya akan terus perbahaskan benda furuk ini. Yang penting, metodologi kita bersumberkan Al Quran dan As Sunah. Mengimbangi antara nas yang cabang dan maqasid kulli, tujuan syarak yang menyeluruh. Kita harus berfikiran lapang dalam menerima dan melihat dalil setiap ulama'.

Ulama secara asas, berpendapat masalah ini merupakan masalah khilafiah, menimbulkan keraguan dan pertikaian yang tidak mempunyai nas yang tepat. Ulama' berselisih dari zaman silam hingga ke hari ini.

Asal masalah adalah dari Firman Allah yang bermaksud:

" Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" Surah An Nur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud, yang dikatakan dengan perkataan 'ma zahara minha' ialah pakaian dan tudung. Sebelum itu, jilbab menurut bahasa arab ada 3 pengertian:

1. baju yang menutup seluruh tubuh.


2. pakaian perempuan bahagian luar jika dipakai 2 lapis.


3. tudung yang dipakai oleh perempuan.


(lihat mu'jam asasi arab)


Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menafsirkan 'ma zahara minha' dengan makna celak dan cincin. Ibnu Abbas juga mengatakan bahawa bahagian muka dan tapak tangan. Begitu juga dengan riwayat Aisyah dan Anas b Malik berpendapat begitu.

Mereka juga berselisih dengan pendapat apa yang dikehendaki 'melabuhkan pakaian' sebagaimana dalam surah ahzab ayat 59. Apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas adalah berlawanan berkenaan dengan penafsiran ayat 'ma zahara minha' tadi. Beliau menafsirkan bahawa maksud melabuhkan pakaian adalah dengan praktikal, iaitu menutup muka dan kepala dan mendedahkan mata kiri!

Ikrimah menyanggah pendapat ini. Beliau menyatakan maksud adalah menutup bahagian lekuk dibahagian atas dada, tempat dimana rantai dipakai dengan tudungnya dan melabuhkan sehingga menutup bahagian lekuk tersebut.

Said b Jubair menyatakan tidak harus bagi wanita Islam dilihat oleh lelaki asing melainkan ia memakai tudung kepala yang disertai dengan kain penutup muka, purdah.

Antara ulama' yang bersependapat muka dan tangan bukan aurat dan tidak wajib menutupnya adalah Dr, Yusuf Qhardawi, Syeikh Nasirudin Al Bani, kebanyakan ulama di Universiti Al Azhar dan ulama' kebanyakan tempat.

Ulama Arab saudi dan sebahagian negara teluk tidak sependapat dengan pendapat di atas (wajib menutup muka) antaranya Syeikh Abd Aziz b Baaz. Juga ulama dari Pakistan yang terkenal, Ustaz Abu Al A'la Al Maududi serta Prof Dr, Muhamad Said Ramadhan Al Buuti. Juag terdapat risalah yang dan fatwa dikeluarkan dari masa ke semasa yang menentang dan menyebut keaiban mendedahkan muka. Mereka menyeru memakai purdah dengan nama iman dan agama.

Maka apabila seseorang perempuan mengambil pendapat ini, serta mewajibkan dikalangan mereka menutup muka, maka bagaimana kita mahukan wajib beramal dengan pendapat lain yang dianggap silap(tidak wajib menutup muka) sedangkan kita mengetahui perkara ini merupakan khilafiah. Mereka menghukum golongan yang tidak beramal dengan pendapat lain sebagai berdosa dan fasik sedangkan ia adalah perkara furuk! Menjadi kewajipan kita adalah bersikap berhati-hati dalam perkara agama dan apakah elok jika seseorang mempertikaikan pendapat lain sedangkan ia bukannya perkara usul. Lainlah jika seseorang tidak memakai tudung, itulah yang sepatutnya ditentang!

Tiada ulama mengatakan memakai purdah adalah haram, maka harus seseorang memakainya tanpa ada prasangka buruk ke atas individu tersebut. Menjadi hak seseorang untuk memakai purdah atau sebaliknya. Memakai purdah tidak melanggar kewajipan dan tidak memudaratkan orang lain. Adakah kita menyebut kesalahan mereka yang memakai purdah sedangkan terdapat sekeliling kita yang tidak menutup aurat? Sedangkan kita mengetahui bahawa menampakkan tubuh badan, tidak menutup selain muka dan tapak tangan adalah pengharaman secara ijmak menurut syariat.

Adakah purdah wajib?

Perselisihan ini memang tidak dinafikan wujud. Kadangkala bersikap syadid dalam perkara agama menjadi keruncingan perselisihan. Tetapi secara mudah, kenapa kita mempertikaikan orang yang memakai purdah, kita mengata sedangkan ia adalah khilafiah dan hak individu, maka mungkin kita mendapat dosa. Tetapi jika kita menegur orang tidak memakai tudung, ia adalah perkara disepakati dan usul, mungkin kita mendapat pahala dengan menegur.

Jumhur Mazhab dan ulama' bersependapat aurat adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tangan. Kedua perkara ini adalah bukan aurat. Ibnu Marzuk berpendapat bagi mereka yang cantik dan boleh menimbulkan syahwat, sunat menutup muka. Ini bersandarkan perselisihan sama ada wajib wanita menutup atau wajib lelaki menutup penglihatan, menghindarinya. Kesimpulan, jumhur mengatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Dalil : Surah An Nur ayat 30

"katakanlah kepada laki2 yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelijara kemaluannya, yang sedemikian itu lebih suci bagi mereka. sungguh, Allah Maha mengetahui apa yang mereka lakukan."


: Hadis Rasul SAW yang bermaksud

" Tidak harus bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan bahagian ini,sambil Rasul SAW memegang bahagian tengah lengan ( had aurat dalam hadis ini menunjukkan dari tengah lengan tangan hingga jari bukannya dari pergelangan tangan).

: Dalil yang menyuruh menutup belahan leher bukan menutup muka. Surah An Nur ayat 31.
: Dalil perintah supaya lelaki menyekat pandangan mata An Nur ayat 114.

dan beberapa hadis yang berkaitan dengan tidak wajib menutup muka.

Dalil mereka yang mengatakan purdah adalah wajib.

1. Surah Al Ahzab ayat 59 berkaitan ayat jilbab.
2. Tafsir Ibnu Mas'ud berkenaan firman Allah dalam surah An Nur 31. Yang menyatakan wajib.
3. Surah Al Ahzab ayat 53 berkaitan belakang tabir. Termasuk bagi mereka memakai purdah.
4. Hadis Aisyah yang mengatakan melabuhkan tudung hingga menutup muka.
5. Saddu Zaraii'ah. Menyekat jalan yang mengundang dosa.
6. Uruf sesuatu tempat. Wajib bagi mereka menutup aurat.

Secara akhirnya, jumhur ulama' yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.
2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.
3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan 'tidak boleh masuk dengan masyarakat'. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.

Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?

Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar'i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!



** Salam..sedikit perkongsian..artikel ini sgt menarik utk renungan bersama terutama kpd kita yang bergelar muslimah..semoga ianya menjadi panduan yang sgt berguna buat kita dalam usaha menjadi wanita solehah idaman mujahid..insyaALLAH..=)

Wanita Solehah Idaman Mujahid
sumber: iLuvislam.com

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”


Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnyamenjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh ayah dan bonda tercinta. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)



Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”


Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.


~cinta hati saya~

Daisypath Friendship tickers