
♥♥~ Kita baru sahaja memulakan langkah pertama dalam perlumbaan kehidupan.
♥♥~ Kita baru sahaja menulis huruf pertama dalam puisi terindah kisah kita.
♥♥~ Kita baru sahaja mencoret goresan awal lukisan termasyhur milik kita.
♥♥~ Kita baru sahaja membunyikan nada pertama simfoni tersyahdu.
~♥♥ Jangan berhenti berjuang!!!!!
~♥♥ Tiada manusia yang dilahirkan sebagai panglima,
~♥♥ Tiada pemimpin yang tidak pernah gagal,
~♥♥ Tiada kejayaan tanpa keringat dan air mata,
~♥♥ Tiada kemanisan tanpa kesakitan.
~♥♥ Jangan katakan takut sebelum engkau melawan,
~♥♥ Jangan katakan sakit sebelum engkau berdarah,
~♥♥ Jangan katakan tidak sebelum engkau mencuba,
~♥♥ Jangan katakan menyerah selagi nyawa dikandung badan!
~♥♥ Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit,
~♥♥ Tuhan tidak memberikan kesenangan tanpa kesusahan,
~♥♥ Tuhan tidak menawarkan matahari tanpa hujan,
~♥♥ Tetapi Allah menghadirkan kekuatan untuk menempuh kesusahan,
~♥♥ penghiburan sebagai ganti air mata,
dan cahaya petunjuk di sepanjang perjalanan!

~♥♥Lebih baik kamu memiliki banyak rencana yang belum terlaksana,
daripada tidak mempunyai rencana sama sekali;
~♥♥Lebih baik kamu berdoa diberi kekuatan untuk menghadapi kesulitan,
daripada berdoa dijauhi kesulitan;
~♥♥Kerana doa memberikan kekuatan pada yang lemah,
membuatkan yang tidak percaya menjadi percaya,
dan memberikan keberanian pada yang ketakutan.
~♥♥Di fikiranmu ada tujuan yang jelas,
~♥♥Di hatimu ada tekad dan semangat membara,
~♥♥Di belakangmu ada dorongan orang tersayang,
~♥♥Di sampingmu ada rakan-rakan yang mendukung,
~♥♥Di hadapanmu ada kemungkinan tanpa batas.
Jangan berhenti berjuang!!!!!
Anda pasti menemui kejayaan!!!!!
“Demi masa. Sesungguhnya MANUSIA itu benar-benar berada dalam KERUGIAN, kecuali orang-orang yang BERIMAN dan mengerjakan AMAL SOLEH dan NASIHAT-MENASIHATI supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(Surah al-‘Ashr : 1-3)

INFO: http://azzamfasih.com/kata-mutiara
~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~
1 comments:
Wah...baca entri ni tiba-tiba Kiz rasa semangat nak jawab final exam..
P/S : Kalau rajin-rajin sudi-sudi lah join segmen "Bloglist Xchange" and "Review Ur Blog" dari Kiz kayh
Post a Comment