~kembara sufi~jaulah jordan~

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran dipanjatkan buat Illahi..tanda terima kasih yg tdk terhingga kerana diri ini masih diberi peluang utk terus merasai nikmat kehidupan yg penuh suka n duka..jua tdk lupa same2 kte hadiahkan selawat dan salam buat junjungan mulia moga syafaat baginda mengiringi 'perjalanan' kite ke 'sane' nt...moga iman ini sentiasa berada d landasan yg betul..ameen..

ermm..rsenye dh hmpir smgu kot x update blog ni..maklumlah,bz sgt..buat ape ntah rase bz sgt..^_^..okay,17,18,19 hb yg lps sy ngn sahabat2 yg laen tlh mengikuti satu program..bez sgt program nie..biase lah,cti2 cm ni byk sgt program..mcm2..salah satu nye jaulah jordan..tema JJ kali nie 'kembara sufi dataran syam 2011'..1st time rase nye selama menghuni di bumi Urdun ni sy pergi 'jalan2'..org laen habis tempat dh pergi ziarah..adeq2 yg bru dtg pn sumenye dh pergi merata tempat..myb mase yg x mengizinkan..ok, klu nk di ceritakan mmg byk sgt pengalaman baru yg sy dpt..insyaALLAH sy cbe pendekkn..^_^

'kembara sufi dataran syam'

Selama 3 hari berturut2 kami didedahkan dengan pelbagai sejarah dan selok belok tentang Jordan..seronok sangat..sb sebelum ni juz dapat tgk kt tv jer..hanya boleh dengar je ape yg disampaikan tp x pernah merasa pn..sy kira ini adalah pengalaman yg sgt bermakna yg pernah sy lalui..teruja..terharu..bagaikan x percaya ape yg sy lihat..ape yg sy dgr seblm ni..sumenye ad di depan mata!!Subhanallah..ok, sy nk citer ckt ape yg berlaku selama 3 ari tersebut…’kami’ sumenye lbh krg 60 org..bersama2 mengembara mencari ibrah dan menjejaki sejarah tinggalan Rasul dan para Sahabat.

17 januari 2011-kami bertolak ke destinasi pertama iaitu Jabal Qal’ah (Amman Citadel)..ia merupakan sebuah laman bersejarah nasional di tgh pusat Bandar Amman,Jordan. Bukit berbentuk L salah satu dari tujuh bukit yg awalnya di buat Amman. Bukti pendudukan sejak tempoh neolitik telah dijumpai sehingga di antara tempat2 yg tertua di dunia terus menerus di huni.sejarah citadel Amman merupakan tamadun yg disignifikan yg membentang di benua dan makmur selama berkurun-kurun sbg salah satu kerajaan memunculkan seterusnya.hal ini juga melambangkan kelahiran tiga Agama monoteistik besar-Islam,Yahudi,Kristian…~Maklumat tambahan, nama Amman dipilih sbg ibu Negara Jordan setelah di tukar dari Philadelphia dan rabbath-ammon..~kami berpeluang melawat ke muzium arkeologi Jordan..dalam muzium tersebut byk tersimpan pelbagai peninggalan sejarah yg sgt penting dan berharga. Kami x lepaskan peluang utk bergambar dan mendapatkan maklumat penting ttg muzium tersebut..mmg teruja sgt dpt menyaksikan kesemuanya di depan mata..^_^…..

Pd hari yg same, kami meneruskan destinasi ke Ashabul Kahfi..yg mana ianya mengisahkan ttg 7 pemuda beriman beserta seekor anjing yang dimatikan di dalam sebuah gua dan dihidupkan kembali 309 tahun kemudian. Sgt menarik utk dikongsi bersama..sebagaimana yg telah kita ketahui, kisah 7 pemuda ini terdapat dlm kitab suci Al-Quranul karim (surah al-Kahfi)..sebagaimana ALLAH swt berfirman :

Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas –menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;

1. Maksalmina

2. Tamlikha

3. Martunus

4. Bainunus atau Nainunus

5. Sarbunus

6.Dzunuanus

7. Kasyfitatanunus

Kisah 7 pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan Raja yg zalim dan mengakui bahawa mereka hanya beriman kpd ALLAH yg menguasai langit dan bumi.7 org pemuda tersebut melarikan diri dari raja yg zalim bersama seekor anjing mereka ke sebuah gua dan bersembunyi di situ, lalu mereka ditidurkan oleh ALLAH selama 309 tahun Qamariah..same2 kita menghayati kisah penuh ttg 7 org pemuda ini dalam Surah al-Kahfi..^_^~lokasi gua Ashabul Kahfi terletak kira2 7km dari pusat bandar Amman,Jordan.~

~ ma’rakah mu’tah

~ makam para Sahabat

Kami meneruskan perjalanan ke dua2 destinasi ini sebelum bermalam di mu’tah..kami berpeluang utk melihat dgn lebih dekat makam para Sahabat seperti makam Zaid bin Harithah. Makam Jaafar bin Abi Talib dan makam Abdullah bin Rawahah..

18 januari 2011- destinasi utk hari kedua, kami bertolak dari penginapan seawal pagi…dalam perjalan ke petra, kami singgah sekejap di wadi musa..

Tibalah saat kemuncak pengembaraan kami- setibanya kami di Petra, kami disajikan dgn pemandangan yg sgt menarik..suasana yg sgt indah x pernah di alami sebelum ni..sesuatu yg menarik utk dikongsi bersama…mereka yg bersama sy waktu itu sudah pasti mengiakan setiap baris kata yg sy tuturkan..inilah salah satu dari 7 keajaiban baru dunia!!kenangan yg pasti tidak akan sy lupe smpai ble2…pengalaman pertama yg sgt berharga.jika berpeluang, ingin kesana lg!^_^

~Petra

Sedikit maklumat ttg Petra: Petra adalah harta dunia kuno tersembunyi di balik sebuah penghalang yg hampir tak tertembus pergunungan kasar. Dikatakan “mungkin tidak ada di dunia yg menyerupai itu”. Sebenarnya yg pasti, tidak ada di dunia yg menyerupai itu. Kota mawar merah rock-ukiran Petra penuh pesona misteri. Dikagumi maka utk budaya halus,senibina besar dan kompleks cerdik empangan dan saluran air, petra skng menjadi halaman warisan dunia UNESCO dan salah satu dari the 7 Keajaiban Baru Dunia yang mempesona pengunjung dari penjuru dunia.

~ Pertama kali menjejakkan kaki di Petra, rase cm xnk berundur je..huhu..maknanya x nk blik lah kot..excited sgt..blh dikatakan sume tempat nk dijadikan kenangan. Terpegun, terpesona..mmg cantik sgt..mmg sukar utk gambarkan perasaan ini..terlalu seronok melihat keajaiban yg ad di depan mata..klu blh nk suh je bdk2 ni cubit pp ni..mn taw,kot2 mimpi ke..hehe.tp ape yg pasti, ini bukanlah khayalan semata2..^_^..perkara yg x dpt sy lupekan di Petra, berpeluang menunggang himar(keldai)..nk merasa menunggang unta xleh dh..himar pn jadi lah..mula2 tu rase tkut sgt..sb 1st time dlm hdup lak tu..x pernah2 lg sblm nie..menunggang himar..huhu..seronok lak rase, sehingga kami jadi tumpuan pelancong asing..siap tlg ambk gmbr ktorang lg..sweet nye rase..hehe..thankz God!!Alhamdulillah….

19 januari 2011- kami check out dari hotel di Aqabah..meneruskan detinasi utk kesekian kalinya..jika berada di Aqabah, tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke laut merah (red sea) yg terletak di tengah2 sempadan antara Israel,Jordan dan mesir..kami berpeluang merasai menaiki bot kaca..melihat keindahan yg berada di dasar laut..cantik sgt..

~ destinasi terakhir sebelum bertolak pulang ke mafraq, kami meneruskan pengembaraan ke wadi rum..wadi rum adalah kawasan lindungan seluas 720 km₂ dari padang gurun dramatik di selatan Jordan. Gunung besar dari batu pasir dan granit muncul tipis-sisi dari lembah pasir luas utk mencapai ketinggian 1700m. untuk melindungi lanskap gurun yg unik, wadi rum dinyatakan kawasan perlindungan pada tahun 1998.

Di sane, kami dibawa menaiki jeep utk melihat sunset…pengalaman baru yg sgt menarik..dapat melihat segala2nya di depan mata..kami menyaksikan matahari terbenam dibawa senja..

~cantikk..sungguh indah ciptaan sang Pencipta..segalanya berlaku mengikut aturan yg sgt sempurna..hebatnya kuasa al-Khaliq..moga pengembaraan ini tidak terhenti di sini…….

Ps~ maklumat sejarah dari pemplet ‘kembara sufi dataran syam 2011’..jika terdapat maklumat yg sy smpaikan adalah salah,sila perbetulkan..tq^_^


0 comments:

Post a Comment

~cinta hati saya~

Daisypath Friendship tickers