~Bismillahirrahmanirrahim,,masih diberi ruang dan kesempatan utk meneruskan saki baki hari2 berikutnya yang semakin mencabar..ALHAMDULILLAH, dipanjatkan rasa syukur yg tidak terhingga krn masih bernafas dan tetap setia dengan Ad-deen yg satu..bernafas sebagai seorang hamba yg penuh dgn kedhaifan di bumiNYA ini..ermm,dikesempatan ini jua suka utk saya kongsikan ngn anda sume ttg artikel ni,,rse terpanggil nk post kt 'bila hati bicara' ni..selepas baca artikel tersebut rase begitu menarik n sgt tertarik ngn isi n kata2 yg disampaikan..sekadar perkongsian semoga mendapat manfaat darinya...uhibbikum fillah abadan abadaa~

♥Cinta Sebelum Kahwin♥

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada
pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita
rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta
pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang
dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.Cinta sebelum
perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan
menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan.
Sebaik baiknya kita jauhi..
Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat
suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah,
maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga
dan memelihara perkara-perkara berikut:

Pertama♥ :
Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti
kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang
ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan
perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat
kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu
bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

Kedua♥ :
Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor
kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa
memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai
kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan
memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak
dan ajaran agama semasa bercinta

Ketiga♥ :
Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang
dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta
itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan
mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

Keempat♥ :
Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati
supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup
sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau
keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat
istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan
pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan
rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah
tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu
adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan
Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih,
bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum
perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan
hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta
terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut
oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang
sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu
berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada
di khalayak ramai.

♥Cinta Selepas Bertunang♥

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk
mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang
dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda
pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya
kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati
dan pendirian pasangan.

Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah
terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh
sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat
Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri
pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah
ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala
perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal
bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh
melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan,
cium-berciuman dan sebagainya.

Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi
suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah
dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu
menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.


♥Cinta Selepas Kahwin♥

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang
terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang
dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia
menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat
hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu.
Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan
fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan
dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan
suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang
sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan
cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati
hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih
sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

♥.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang,
pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai
perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha
memelihara amanah dan janji yang dibuat.

♥.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin.
Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan
tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan
untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan.
Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah
alternatif.

♥.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami
isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah
pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat
dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar
sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama
sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual,
dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah
dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum
mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.♥♥

0 comments:

Post a Comment

~cinta hati saya~

Daisypath Friendship tickers