Berniqab bukanlah kerana trend terkini..

Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..

Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yang lain..

Berniqab bukan untuk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah..

niqabkan hatimu dahulu..

niqabkan jiwamu dahulu..

niqabkan lidahmu dahuulu..

niqabkan langkahmu dahulu..

Kerana yang terselindung belum tentu terus berlindung..

yang terbuka belum tentu terus terbuka..

Berilmulah sebelum kau beramal wahai sahabat..

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah SWT..

menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dalam dirinya kerana Allah SWT..

Usahlah melatah bila difitnah, kerana memang kau melindung dari fitnah..

Maka fitnah itu pasti berlegar di luar lingkungan niqabmu..

Pabila ada kesempatan, pasti fitnah itu menerjah kedalam..

Usahlah kau mendongak wajah ke langit..

Belum tentu yg berniqab itu beriman..

Kerana itu kukatakan..

niqabkan dirimu sebelum kau niqabkan wajahmu..

Istiqamah bukan hanya sekadar kata..

Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik..

untuk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..

Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah SWT..

Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab..

kerana dibalik tirai suara-suara itu..

berhimpun manusia menunggu menjelekkan kita..

Berniqab yang bercinta, tapi tiada tuju hala - kuberani katakan mereka BERSEPAH DI ALAM MAYA!..

Berniqab yang mulutnya ibarat tempayan - kuberani katakan mereka KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!..

Berniqab tapi akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!..

Yang membuka aurat, dah terang tak nak berundur mendengar perintah Allah..

Janganlah yang memberati aurat ini mencemar niqabis itu sendiri..

Jari menari di papan kekunci katakan "AKU CINTA ALLAH, AKU CINTA RASUL"..

Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh..

Terlalu sarat dengan kata nista..

Jangan kau berdusta!..

Jadi gadis berniqab,..

jagalah namamu,..

jagalah namaku,..

jagalah namanya..

dan jagalah nama mereka...

Niqab bukan fesyen terbaru!..

Niqab bukan pelindung maksiat!..

Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!..

Niqab bukan utk dipersendakan..

Berilmulah sebelum beramal...

Kerana yang menderita adalah mereka yang berhabis-habisan berjuang..

BERNIQABLAH KERANA ANDA SUDAH BERSEDIA,BUKAN UNTUK MENUNJUK-NUNJUK ANDA HEBAT. KERANA ITU BELUM MENUNJUKKAN ANDA SUDAH BERSEDIA, BAHKAN SEBENARNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA...

‎~✿..Kita adalah MANUSIA yang dicetak dengan KEIMANAN..kita memang tidak akan pernah tahu apa yang TERBAIK, tetapi kita memang sentiasa ADA Allah untuk kita BERDOA kepadaNya..MEMOHON, agar ditunjukkan apa yang terbaik, di situlah letaknya KEBERGANTUNGAN kita..✿~

{PERINGATAN buat diri yg sgt DHAIF..moga keampunan dariNYA dpt kita raih...}

1 comments:

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

Post a Comment

~cinta hati saya~

Daisypath Friendship tickers