Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah,masih diberi kesempatan utk berbicara..meluahkan segala rasa di hati..jua berkongsi rasa pd sesiapa saja yg sudi merasa apa yg sedang dirasa..hehe..ermm..masuk ari ni dh pn 15 hari umat islam menjalani ibadah puasa..cepatnya masa berlalu..membawa pergi kenangan2 yg x mngkin dpt diundur kembali..betapa berharganya saat yg berlalu..meninggalkan seribu satu kisah suka dan duka bersama insan2 tersayang..lg 15 ari ramadhan kareem hampir meninggalkan kte..terasa berat utk melangkah kerana diri masih x mampu utk manfaatkan sebaik mungkin kedatangan bulan yg penuh barakah ini..~andai dapat dihentikan seketika waktu ini..~hurmm..hanya angan2 kosong..sudah lumrah manusia bila sudah didepan mata dibiarkan begitu saja..namun bila ia berlalu pergi,timbullah rse menyesal yg menebal dlm diri..rapuhnya iman ini...=(

~Ari ni ari ke15 jua hamba ALLAH ini merasa keberkatan ramadhan kareem di bumi anbiya'..biarpun tanpa insan tersayang disisi namun itu bukanlah penghalang utk diri merasai nikmat berpuasa seperti insan lain..mngkin ini adalah pengalaman yg sgt berharga..thinking positive alwayz~=) ...alhamdulillah,walaupun mereka jauh dari pandangan..semangat dan dorongan daripada mereka x pernah menjauh..sntiasa tersemat di hati..dan azimat dari ayahbonda kujadikan kekuatan utk teruskan hari yg mendatang...(sila tabah!)insyALLAH..^_^

~'untuk disyukuri..bkn utk ditangisi..' betapa lemahnya iman ini ya RABB,sering saja mengeluh..x pnah mensyukuri nikmat yg diberikan..segala perasaan itu kumohon biarkanlh berlalu dengan segera..tiada gne meratapi kesedihan yg tiada berpenghujung.."bukan utk ditangisi..."yup!xperlu bersedih..sebaliknya merasa syukur dan berterima ksih padaNYA krn masih diberi peluang dan kesempatan utk merasai kedatangan bulan yg mulia ini..=) moga ramadhan tahun ini memberi seribu makna buat diri..syukran ya RABB..

❤yang singkat itu WAKTU❤
❤yang menipu itu DUNIA❤
❤yang dekat itu KEMATIAN❤
❤yang besar itu HAWA NAFSU❤
❤yang berat itu AMANAH❤
❤yang mudah itu berbuat DOSA❤
❤yang susah itu SABAR❤
❤yang sering lupa itu BERSYUKUR❤
❤yang mendorong ke NERAKA itu LIDAH❤
❤yang berharga itu IMAN❤
❤yang ditunggu ALLAH itu TAUBAT❤


Artikel yg sgt menarik utk dikongsi bersama khususnya buat muslimah yang 'frust' dek putus cinta..bersama kita renungkan...^_^


Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam. Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend’ sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.





~Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma..itu jelasnya membuktikan ALLAH mengasihimu setiap masa..diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan..hanya yg terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatNYA...~


♪♫•*¨*•.¸¸ .✿ ❤ الحمد لله ❤ ✿ .¸¸.•*¨*•♫♪




اللهم أعني على ذكرك و شكرك وحسن عبادتك
" ya ALLAH,bantulah aku utk mengingatiMU,mengucap syukur padaMU,serta kebaikan ibadah padaMU.."

Bila hati terasa jauh..jauh dari kasih Tuhan, dan apabila diberi sedikit ujian, diduga dengan perkara yg sukar utk diterima..hati dirasakan amat pedih dan sakit..seolah tiada lagi penawar yg bisa menjadi penyembuh..tiada jalan penyelesaian yg ditemui..yg ad hanyalah perasaan sedih yg teramat..perasaan duka yg berpanjangan..sehingga tiada kudrat lagi utk melawannya..betapa lemahnya iman ini..baru diuji sedikit..sudah mula terngadah..menyalahkan diri sendiri diatas apa yg berlaku..sehingga lupa segala yg berlaku adalah kehendak dan perancangan yg maha ESA...begitu rapuh hati ini dlm menilai kurniaan dari sang Pencipta..diri lalai dengan perasaan sendiri..mengadu nasib padaNYA hanya apabila dirundung kesedihan..lebih utamakan kasih hambaNYA dari mengingatiNYA..terasa cukup hanya mengadu pada insan..dan apabila diabaikan,mula lah kalut mengadu padaNYA..terasa diri kerdil..betapa murahnya nilai perasaan ini..sedikitpun tidak menyedari bahawa DIA sentiasa disisi walaupun diri sering menyisihkan..melupakanNYA..lalai dari mentaatiNYA.."aku seorang hamba yg x pernah bersyukur diatas nikmat yg diberikan..!" T_T ~

Namun demikian,tidak bermakna diri akan terus leka...dan terus hanyut oleh arus duniawi yg sering menggugat keimanan di hati..kesedaran ini bagaikan satu rahmat yg sgt berharga dariNYA..x mngkin akan disia2kan..disebalik musibah itu ALLAH telah hadiahkan satu perasaan yg sgt indah..Alhamdulillah..mungkin ini adalah yg terbaik..walaupun kehendak hati ini terus diabaikan..mungkin jua mengecewakan 'mereka'...namun,ini adalah jalan yg telah dipilih..kerna kutahu,tiada kasih yg abadi selain kasihNYA..

Saat kesedihan datang..menghantui perasaan..kusedar ini adalah dugaan..dan ia bukanlah noktah kepada kebahagiaan dan kegembiraan..namun,ia hadir untuk menguji tahap kesabaran dalam diri..mengajar erti sebuah pengorbanan..suka ingin dikongsi disini tentang beberapa ayat yg sangat menarik dan selalu diri jadikan rujukan saat ditimpa musibah dan kesedihan..dipetik dari buku yg sgt 'femes' sy kira iaitu buku 'La Tahzan'..semoga beroleh manfaat darinya...insyaALLAH..(peringatan buat diri)

Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillah..Selawat dan salam ke atas junjungan mulia,kekasih dan idola sepanjang zaman nabiyina Muhammad SAW..jua dipanjatkan kesyukuran buat al-Khaliq yg setia memberi kesempatan buat diri ini utk terus merasa nikmatnya kehidupan yang sgt bermakna ini…Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah..rase terharu n teruja apabila berkesempatan menyambut bulan yg mulia di bumi barakah ini..biarpun tanpa family tersayang, namun pengalaman yg sgt berharga ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin..insyALLAH,moga dipermudahkan segala kemungkinan yg bakal bertamu..semalam last paper utk fasal soifi..mengharapkan keajaiban berlaku..REDHA diatas segala ketentuanNYA..DIA lbh mengetahui segala2nya..Alhamdulillah, pertama kali mendirikan solat sunat terawih di bumi anbiya’..bagaikan suatu mimpi..yg sememangnya sudahpun menjadi kenyataan..sukar utk diluahkan dgn kata2…hanya DIA mengerti betapa sayunya hati ini..pengalaman baru yg tak mungkin akan luput dari ingatan sampai bila2…=) ..mungkin inilah hikmahnya berjauhan dengan insan tersayang..lalu DIA hadiahkan pengalaman yg paling indah dlm hidup..sebagai penawar rindu pada mereka yg berada nun jauh di sana…namun, perasaan ini sedikit sebanyak tergugat apabila teringat akan kenangan2 bersama family ketika same2 menyambut bulan Ramadhan pd tahun sebelumnya..perkara paling penting adalah juadah paling enak disediakn mak utk anaknya yg sgt cerewet ini…juadah istimewa tiap kali menyambut ramadhan al mubarak..rindunya pada masakan itu!iman ini tbe2 tergugat..hehe…maklumlah,1st time bersahur n berbuka tanpa dikejut..kene alarm clock sndri..sume nye kne wt sndiri…xde sape dh nk ambk tau hal kte kt cni..bila berjauhan…baru terasa betapa bernilainya saat tika bersama..suka duka..gelak tawa mereka bermain d ruangan mata…menceritakan seribu satu kisah yg x mngkin dpt diungkaikan dgn kata2…ya ALLAH,indahnya rasa rindu ini…moga ramadhan yg disambut kali ini memberi kesan yg sgt bermakna buat diri..cabar diri utk jadi y terbaek..sentiasa muhasabah diri agar tidak alpa dan lalai dari mengingatiNYA..

“ Ya ALLAH,pilihlah kami sebagai tetamu RAMADHAN. .kurniakanlah kami rahmat dan maghfirah. .titiskanlah dari mata kami air mata TAUBAT. .hiaskan lidah kami dgn dendangan TADARUS. .selimuti malam kami dengan TARAWIH berbantalkan TAHAJUD. .m0ga kami mewarisi AL-JANNAH. .jadikanlah RAMADHAN kali ini yang terbaik untuk kami. . .amin ya rabbal'alamin. .

~cinta hati saya~

Daisypath Friendship tickers