♥ Bismillahirrahmanirrahim…segala kepujian dan kesyukuran dipanjatkan hanya padaNYA diatas limpahan kurniaan buat kita sebagai hambaNYA..tanpaNYA..x mungkin diri ini bisa mengecapi kehidupan yg sgt bermakna ini..Alhamdulillah..setelah sekian lame..masih diberi kekuatan..dan semangat utk meneruskan sisa2 kehidupan yg masih berbaki..sbg hambaNYA utk terus menghuni dlm menuntut ilmu dibumiNYA yg sgt bertuah lg barakah ini..syukran ya RABB..tiada ungkapan yg indah dan selayaknya dituturkan buatNYA diatas kuniaan ini..kerana dihadiahkan nikmat bahagia dan gembira yg sekian lama diimpi..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..:)
~ hurmm..utk kalam seterusnya..d cni sy ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan ribuan terima kasih yg tidak terhingga buat anda semua sebgai visitor2 kesayangan sy yg x pernah jemu meluangkan masa utk menjenguk dan menziarah di ruangan yg serba kekurangan ini..dan ingin jua memohon maaf krn diri yg sgt dhaif ini tidak bisa meluangkan masa utk selalu m’update’ dan menge’post’kan entri2 terbaru…mungkin disebabkan masalah2 yg x dapat dielakkan..serta taklifan sebagai seorang student membataskan waktu utk sy sentiasa memberi khidmat yg terbaik kpd 'bila hati bicara' ini…terima kasih di atas sokongan kalian..teruskan melawat dan jangan lupa tinggalkan jejak anda utk mengeratkan lg ukhwah sesame kita…segala ‘kata2’ dari anda amat sy hargai..semoga sama2 mendapat manfaat..dan segala teguran anda amatlah sy nantikan sbg tanda nasihat yg sgt bermakna dan semoga ia bisa menjadikan diri lebih matang dlm melayari bahtera kehidupan ini..insyALLAH~

♥ Pada 23 september 2011 yg lepas genaplah 24 tahun selama sy menghuni di bumi tuhan ini..sepanjang itu juga,pelbagai dugaan dan mehnah diharungi..dari seorang yg tidak ketahuan apa-apa..sehinggalah sekarang bisa berjalan sendiri,bisa menguruskan diri sendiri..orang kata dh blh bina kehidupan sendiri dh..^_^ ..alhamdulillah…teramat bersyukur kerana memiliki insan2 yg sentiasa dekat di hati..sentiasa bersama dlm susah mahupun senang..permata yg sgt berharga iaitu mak n ayah..yg selama ini menjaga bagaikan menatang minyak yg penuh..dikasihi dan disayangi dgn sepenuh hati..dengan harapan suatu hari nt akan tertunai janji ini..utk membalas kembali jasa2 mereka…biarpun x mampu utk membalas segalanya namun pasti akan berusaha utk melihat mereka sentiasa gembira dan bahagia..kasih sayang yg x ternilai harganya..kasih ibu dan sayang dari seorang bapa yg x mungkin ada gantinya didunia ini..moga dirimu dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari ILAHI dengan selayaknya..terima kasih menjaga dan menyayangi anak yg tersangat degil dan sgt mengada2 ini..terima kasih menjadikan diri ini sebagaimana sekarang..luv both of u 4ever mom n dad..moga tercapai hasrat d hati utk menjadi anak solehah kebanggaan kalian…thnks 4 everything..ermm..xlupa juga selautan ucapan terima kasih buat sahabat2 yg sentiasa memberi sokongan..sudi menghadiahkn doa2 sempena hari ulangtahun kelahiran baru2 ini..jua ucapan sbg penguat semangat..moga doa2 kalian dimakbul tuhan..dan same2 menjadi hamba yg sentiasa sujud dan patuh padaNYA.dengan bertambah dan meningkatnya umur ini,bisa mematangkan lg diri ini..menjadi hambaNYA yg sentiasa bertaqwa..dpt memenuhi harapan dan impian setiap muslimah iaitu menjadi wanita,anak,dan isteri solehah idaman mujahid suatu hari nt…=) insyALLAH..ameen..

♥ Dalam kekalutan dan kesibukan sebagai seorang pelajar..juga terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah..kadangkala mejadikan diri seorang yg sgt cepat berputus asa..sedangkan masalah2 itu lah yg membuatkan diri menjadi kuat sebenarnya..diri seakan lemah jua tiada daya utk melawan kehendak takdir..bagaikan tiada lg peluang utk diri merasa kebahagiaan itu..merasakan bahawa terlalu tidak adil hanya diri yg perlu berdepan dengan segala ujian tersebut..di manakah kekuatan selama ini..??segalanya hilang dengan sekelip mata..hanya kerana diri terasa tidak mampu utk mengatasinya..ingin menangis,namun tiada yg sudi ingin berkongsi rasa..ingin mengadu, x mngkin mereka akan memahami..harapan ini hanya layak disandarkan buat pencipta jua pemilik rasa ini..hanya DIA yg mengerti dan memahami tiap rintihan dari hati kecil ini..masalah??besar sgt ke?smpai cm tu skali sibuk memikirkannya..bkn ke tiap mslh ad jln penyelesaiannya??ermm..mngkin itu yg selalu kte dengar dari mereka2 di luar sana saat berdepan ngn sesorang yg mengalami masalh..tiap masalah yg dihadapi oleh setiap insan berbeza..memang mudah utk menyatakan bahawa tiap masalah pasti ada jln penyelesaiaannya..jadi utk apa kita perlu bersedih dan meratapi masalah tersebut?dan sebagaimana kita tahu..segala rasa yg dikurniaakan ini adalah asalnya dari DIA..dan perasaan sedih ini jua sudah tentu dari DIA jgk krn ini adalah kehendakNYA..dan apa yg sy ingin smpaikan disini bahawa perasaan sedih bila menghadapi sesuatu masalah adalah sesuatu yg sudah biasa dan semua hambaNYA pasti akan mengalami perasaan tersebut..mngkin bukan hari ini..esok ataw lusa tiada sape taw kn?..uniknya perasaan sedih ini..apabila kita menghadapi masalah,secara automatic perasaan gembira hilang dengan sekelip mata..dan teman dikala itu hanyalah airmata kesedihan dan kerisauan di hati..sudah tentu pada masa yg sama tiada yg lebih penting utk kta ingati waktu itu selain al-KHALIQ..sebaik2 tempat mengadu..kerana DIA yg menciptakan segala rasa ini..dan DIA jualah berhak menghapuskan rasa itu..

♥ Berkaitan dengan masalah yg sy hadapi sebentar td..dan tujuannya d cni adalah ingin sekali mengingatkan diri sy serta berkongsi dengan anda semua agar sama2 kembali dan muhasabah diri masing2 agar kita bisa menjadi hambaNYA yg taat dlm apa jua keadaan sekalipun..bukan hanya apabila dirundung masalah serta kesedihan..jadikan DIA sebagai teman yg paling akrab sebelum insan2 lain yg berada di sekeliling kita..ingatlah bahawa dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang..kerana CINTA ALLAH adalah cinta ABADI..yg tiada pada hati hamba2NYA yg lain..ingtlah bahawa setiap musibah,dugaan serta masalah itu datang hanyalah utk menguji sejauhmana tahap keimanan dan kesabaran dalam diri..dan tiap penyelesaian masalah itu adalah dengan sentiasa kembali kpdNYA..dan selalu mengingatiNYA…insyALLAH hari2 yg dilalui pasti akan sentiasa dilimpahi rahmat dan ketenangan yg telah dijanjikanNYA…(peringatan buat diri yg dhaif)..wallahua’lam.. ♥ ♥




Bismillahirrahmanirrahim...sekalung pujian dipanjatkan padaNYA serta kesyukuran yg tidak terhingga diatas nikmat semalam, hari ini dan utk hari seterusnya..moga dipermudahkan olehNYA dlm menghadapi apa jua keadaan sekalipun..tiap yg buruk pastinya ada hikmah yg menanti..tiap yg baik itu, harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin..agar kita tergolong dlm kalangan hambaNYA yg sentiasa bersyukur dan sentiasa bersangka baik padaNYA...insyALLAH..'setiap kejadian berhikmah'..apa yg berlaku dan akan berlaku tentunya telah diatur olehNYA tanpa sedikit kekurangan..mungkin hari ini kita kesedihan..meratapi nasib yg menimpa..sehingga dirasakan tiada seorang pun insan yg bisa memahami, bisa menjadi teman yg paling akrab dikala diri kesepian..kita lupa bahawa yg mencipta segala rasa ini adlah DIA..dan yg bisa merubah rasa ini jua adalah DIA..mengapa masih mengharap pada yg selain DIA utk mengadu segala rasa itu?tepuk dada tanya iman..:) ~~

Sejak kebelakangan ini,jiwa sering kacau,ada saja perkara yg membangkitkan seribu satu perasaan..ter'sangat' sukar utk dimengerti..sememangnya kalut!!ermm..selagi boleh sabar..sabar je lah..Alhamdulillah..itu lah senjata paling berharga bg org mu'min apabila ditimpa musibah, kesabaran itulah mengangkat darjat hambaNYA yg beriman..samaada redha dengan segala ketentuan ILAHI ataw terus rebah dan tewas dengan mudahnya..namun, apakah diri mampu menjadi hambaNYA yg sentiasa sabar dlm menghadapi segala karenah duniawi yg sering menguji keimanan ini?apakah diri mampu bersabar tiap kali ujian datang tanpa sedikit rasa 'tergugat'...?sungguh iman yg sgt rapuh ini tidak mampu utk melawan segala kehendak takdir..jua tidak mampu utk menolak segala prasangka negatif yg menguasai fikiran..apa yg berlaku mungkin bisa mematangkan diri agar sentiasa redha dan 'sabar' biarpun sukar utk diterima..masalah itu dan ini datang silih berganti..ermm..kuatkah diri?blh sabarkah?x mampu utk memberikan jawapan yg paling tepat..ALLAHU a'lam..krn DIA lebih mengetahui sejauh mana kemampuan diri ini..

Masa yg berlalu x bisa diundurkan kembali..hargailah saat2 yg paling berharga bersama insan2 tersayang..^_^ ..Alhamdulillah,masih dikurniakan semangat utk meneruskan sisa kehidupan ini..sebagai seorang musafir dlm mencari ilmu di bumi yg penuh barakah ini..berpisah dgn insan tersayang demi menyempurnakan hasrat di hati..memenuhi segala keinginan dan impian demi mengharapkan restu n redha dari ILAHI..mengejar matlamat yg masih kabur..sesuatu yg sgt sukar dimiliki..namun,dengan ketabahan n kecekalan d hati..dengan semangat yg tdk pernah luntur ini,insyALLAH bisa digagahi jua langkah ini..berusaha utk mengakhiri saki baki kehidupan yg sgt bermakna d bumi anbiya' ini dengan jayanya..moga dipermudahkan segalanya..tiada yg mustahil andai yakin dan percaya pada kemampuan diri..moga impian menjadi kenyataan..insyALLAH..ameen ya rabb~

♥~♥~❤ "TULISKAN rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah SWT. Izinkan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Yang lebih baik untuk kita, mungkin bukan seperti yang manusia sangka. Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita, berdoalah dan teruskan usaha!!" ♥~♥~ ❤
Sekadar Perkongsian
Apabila disebut tentang Mas Kahwin, kebanyakan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yang ditetapkan untuk Mas Kahwin mereka. Kalau diikutkan, nilai Mas Kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin.

Kadang-kadang tidak sampai ratusan ringgit. Namun pada trend kini, kebanyakan meletakkan Mas Kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Bukan apa, itu disimbolkan sebagai hadiah kepada wanita atas kesediaannya untuk menerima bakal suami untuk hidup bersama.

Sebagaimana firman Allah:
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka." [Surah an-Nisa, Ayat 4]

Selain Mas Kahwin, ia juga disebut sebagai Mahar. Hukumnya adalah wajib. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu Mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

Namun, pada zaman kini masih lagi ada golongan yang mengamalkan cara bayaran Mas Kahwin seperti ini, akan tetapi sangat sedikit bilangannya. Sebenarnya apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apakah hikmah memilih senaskah al-Quran sebagai Mahar kepada wanita yang bakal dikahwini.

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Carilah untuk dijadikan Mas Kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sangat dianjurkan oleh Islam untuk digunakan sebagai Mas Kahwin. Nyata, al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai Mas Kahwin kerana kandungan dan isi al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.

Rasulullah juga pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan Mas Kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?" lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikan yang kita dapat daripada ajaran Rasulullah S.A.W ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yang diberi diamalkan oleh orang lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut.

Antara hikmah senaskah al-Quran sebagai Mas Kahwin ialah:

1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.

2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.

3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke Akhirat.

4. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikan jika dijadikan sebagai Mas Kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ia lebih bersifat material dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.

5. Andai si suami telah meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di Akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insya-Allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana.

Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk suaminya yang telah meninggalkannya. Andai si isteri sentiasa membaca al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai Mas Kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yang berganda-ganda kepada roh suaminya.

Begitulah betapa besarnya hikmah memilih al-Quran sebagai Mas Kahwin. Kebaikan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukanlah mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang dan kita perlulah memandang lebih jauh untuk masa-masa akan datang.

Andai ingin kebahagiaan bukan sahaja di Dunia dan Akhirat, marilah menghargai ilmu Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah kehidupan abadi di Akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.

Artikel iluvislam.com

~BeRtUnAnG tAnPa iBu BaPa~


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara..:) syukran d atas kesudian melawat page yg serba kekurangan ini..apa yg baik kte same2 berkongsi..yg buruk kte jadikan iktibar dan berusaha agar tidak mengulanginya..Alhamdulillah..dikurniakan nikmat kesihatan yg sempurna utk meneruskan saki baki kehidupan yg serba mencabar ini..especially kehidupan d bumi urdun ini..segala kesyukuran dipanjat buat ILAHI krn dihadiahkan kebahagiaan yg selama ini dicari ^_^ ..indahnya hikmah disebalik ujian itu...ALHAMDULILLAH...

salam LEBARAN

ermm..masih belum terlambat rasenye utk mengambil kesempatan mengucapkan salam aidilfitri..hehe..biarpun hari ni sudah melangkah hari ke5...perasaan??erm...perasaan yg sgt berbelah bahagi..itu je blh jwb..^_^ nk kata sedey..memang ad..tapi perasaan seronok tu tetap ad..sb pengalaman tu yg penting..even tanpa family d cc,raya d perantauan tetap meriah..pengalaman baru yg sgt menyeronokkan..alhamdulillah..xde gune nk bersedih..ape yg telah diaturkan olehNYA sesuatu yg sgt berharga..perlu menilai dgn mata hati,barulah kte sentiasa akan bersangka baek dengan ketentuanNYA..insyALLAH...:)

Hari ke4 aidilfitri : ..sejak hari pertama ad saja jamuan n jemputan raya dari teman2 rumah luar..lg sronok dpt merasai suasana org arab beraya..walaupun sederhana..x sme ngn malay..namun kemeriahan turut dirasa..bagaikan satu keluarga..kami dijemput beraya d rumah arab..keluarga salah sorang student al-bayt..walaupun penat,tetap seronok melayan karenah anak2 kecil yg comey2...berbual mesra..berkongsi cerita..rindu pd family tercinta sedikit terubat..:)

Dlm menyambut kemeriahan aidilfitri d perantauan..tanah air tercinta tetap tidak dilupakan..kenangan raya bersama family tersayang sentiasa di ingatan..saat2 berharga bersama mereka menjadi penguat semangat...x sabar nk pulang ke pangkuan mereka kembali..terlalu rindu saat2 bersama..kali pertama menghayati dan mendengar alunan takbir tanpa family d cc...:(

(mo0d : sedey+hepi)

~ Family Arab ~

~ Eid Mubarak Fi Bustan Tiin Wa Rumman ~

~ Rumman ~

~ Tiin ~

~~~~~~~

~cinta hati saya~

Daisypath Friendship tickers