IBu,

Kutitipkan rasa rindu ini buatmu,

Agar kau mengerti bahawa anakmu ini sentiasa merindukan kasih sayangmu,

Agar kau mengerti bahawa diriku sentiasa mengharapkan redhamu dlm

Menghadapi hari2 yg bakal bertamu,


IBu,,

Segala jerih perih dan pengorbanan jelas terpancar diwajahmu,

Mencurahkan kasih buat anak2mu tanpa rasa keluh kesah,

Menyayangi kami anak2mu bagaikan menatang minyak yang penuh,


IBu,

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan

Tidak pernah sedikit engkau merasa jemu.

Mendidik dan mengasuh kami menjadi hamba yg taat pada Tuhan,

Menjadi pendorong kejayaan buat kami agar tidak mengenal erti puts asa,


IBu,

Kesabaran dan pengorbananmu terlalu berharga buat kami,

Tabahnya melayani karenah serta kenakalan kami,

Hadirnya restumu ibu adalah kunci kebahagiaan kami,


Terima kasih IBu,

Rindunya pada belaian mu tika ini.,

Rindunya pada suara yg sering memberi kekuatan,

Rindunya pada kata2 semangat darimu,

Rindunya ingin bertemu dan memelukmu seeratnya,

Sebagai tanda setinggi2 penghargaan diatas limpahan kasih sayang mu,

Yg tiada tolok bandingnya..


Kerana kaulah ibu kami yg tercinta,

Seorang insan yg sangat pengasih,

Betapa kami mengharap,

Hadirnya restumu ibu membawa kami anak2mu ke syurga…


~Istimewa ditujukan buat ratu hatiku..ibu tersayang.ZAINAB BT MUHAMMAD…Moga hari2 yg dilalui adalah hari bahagia buatmu..moga ALLAH memberkati kehidupan mu ibu..luv u mum~

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.

0 comments:

Post a Comment

~cinta hati saya~

Daisypath Friendship tickers