Di sudut hati ini..pelbagai persoalan timbul dan sering mengganggu fikiran..tika dan saat ini..diri seakan tidak mampu utk menepis segala tanda Tanya yg msih menguasai fikiran..mengapa ini harus aku alami??mngkin kerana halusnya perasaan ini..membuatkan diri tidak mampu utk menolak kehendak Ilahi..tidak mampu melawan perasaan itu..perasaan yg sering melemahkan jiwa hambaNYA..sulit utk diungkapkan..sukar utk ditafsirkan apakah benar perasaan ini..atawpun ia hanya sekadar ingin menguji diri yg sememangnya sentiasa lemah dan x berdaya utk melawannya..??lewat ini..sering saja kedengaran suara2 dari sahabat2 yg menyatakan keinginan utk melengkapkan sunnah nabi ataw lebih tepat lg ingin mencari pasangan sebagai teman hidup yg halal sebagaimana yg telah ditetapkan oleh syarak..ermm..dalam masa yg sama hati ini menjadi resah..tiba2 menjadi keliru..apakah yg sedang difikirkan sekarang ini??mengapa diri seolah2 merasa tidak senang pada niat mereka yg murni itu..mngkinkah kerana cemburu??ataw diri ini yg sebenarnya ingin menjadi seperti mereka..??ermm..pelik..bagaimana harus ada perasaan itu sedangkan diri ini sendiri tidak mengerti apakah sebenarnya kehendak hati ini..sudah menjadi lumrah kepada mereka yg menuntut ilmu dan berjauhan dari insan tersayang..tidak dapat tidak perasaan ingin dikasihi..ingin disayangi sentiasa ada..tiada yg bisa menolak kenyataan ini..bagaikan sudah menjadi satu tradisi apabila bertemu jodoh di alam kampus..sewaktu diri msih sibuk menghadiri kuliah dan melayani buku2..atw lebih jelas lagi berkahwin disaat diri masih lagi bergelar seorang ‘student’..perkara yg sekarang ini dianggap ‘biasa’ dan sentiasa menjadi bualan dikalangan siswa mahupun siswi..ermmm..perkara ini yg sebenarnya sering mengganggu gugat fikiran..hingga memaksa diri memikirkan jalan yg mudah..tak mngkin..kehendak hati ini hanya DIA yg mengerti..insyaALLAH..DIA sebaik2 pembantu..membantu hambaNYA dlm membuat pilihan dan keputusan yg tepat..pada dasarnya, bukan ingin menolak takdir..bukan jua ingin menolak hakikat perasaan itu..namun,diri merasakan masih ad perkara yg lebih penting dan murni dari itu..dlm masa yg sama..diri seolah2 tidak layak utk merasai nikmat kebahagiaan itu dlm waktu yg singkat ini..masih perlukan masa..biarlah ia kekal menjadi rahsia hati ini..krn sebenar2 pemilik hati ini hanya DIA..mngkin kerana kesilapan lalu mengajar diri agar lebih berhati2 dlm membuat keputusan..andai yakin dan percaya pada takdirNYA..mana mngkin akan merasa kecewa andai hati ini masih belum dimiliki..mn mngkin masih meratap kesedihan bila mana masih belum menemui kebahagiaan yg dicari..

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)"

Terlalu mendalam disebalik makna yg tersurat..namun dapatkah ia meyakinkan diri bahawa yg tersirat itu hanya DIA yg tahu..tidak mampu lg utk menafikannya lg..moga apa yg diharapkan..jua yg diimpikan menjadi kenyataan yg sgt berharga buat diri..kepada si’dia’ yg bakal menjadi penyeri hati..yg telah ditetapkan oleh DIA menjadi putera hati ini..ketahuilah,bahawa diri yg serba kekurangan ini hanya mengharapkan insan yg tulus kasihnya dan sanggup menerima segalanya dengan apa adanya..menerima segala kekurangan diri ini hanya krn mengharapkan redha dariNYA..oleh itu..diri ini sgt berharap agar ruang kekosongan dihati biarlah yg layak sahaja mengetuknya kembali..biarlah disambut dengan kerelaan hati..tanpa keterpaksaan..

“ Ya ALLAH..tidak ku pinta yg menawan

Tidak ku harap yg hartawan..

Bukan jua kerna kedudukan..

Cuma kudamba..

Insan yg sepadan..ameen ˝

InsyaALLAH..moga dipermudahkan segala2nya..bersangka baik pada ketetapan ILAHI adalah kunci kebahagiaan..moga diri bisa menggapai pelangi yg indah itu..mampu tersenyum riang seperti mereka..menikmati indahnya hidup yg sementara ini..kpd ‘dia’ yg pernah singgah di hati ini..terima ksih tidak terhingga kerna pernah mengajarkan erti pengorbanan..kasih sayang dan sakitnya kekecewaan itu..moga kesilapan lalu memberi seribu satu kekuatan dan semangat utk meniti hari2 yg mendatang..kesilapan lalu yg amat dikesali..yg masih terkesan buat diri..insyaALLAH..x mngkin akan mngulangi kesilapan yg sama..moga dikuatkan hati ini..[R.E.D.H.A]~

0 comments:

Post a Comment

~cinta hati saya~

Daisypath Friendship tickers