Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah..masih diberi kesempatan dan peluang utk terus menghembus nafas..merasai nikmat dan indahnya hidup yg sementara di alam yg fana ini..semakin hari semakin bertambah usia dan kematangan diri..dan semakin banyak halangan dan cabaran yg perlu ditempuhi..semuanya datang tanpa mengira batas waktu..seakan memaksa diri utk terus menerima segalanya walau ianya datang bukanlah dengan kerelaan hati..bilamana diri tidak kuat, terasa lemah utk menghadapi 'situasi' seorang diri, terasa tiada siapa yg peduli dan memahami kehendak hati, bagaikan terkapai2 keseorangan..namun, layakkah kita sebagai hambaNYA memikirkan sedemikian??perasaan itu tidak mungkin wujud andai percaya bahawa ALLAH adalah sebaik2 peneman dan ruang utk berkongsi segala rasa suka dan duka..apa yg dicari dan dikejar sebenarnya dalam hidup ini??apakah matlamat utama yg harus dicapai sebagai khalifah dibumi ALLAH yg sementara ini??atau apakah hamba terus terusan diuji sebegini agar bisa menjadi pengajaran yg berguna buat diri?atau ianya sekadar menguji tahap keimanan yg senantiasa rapuh dlm mencari CINTA yg hakiki..dalam mengenali apa sebenarnya erti disebalik usaha untuk menegakkan kalimah yg SATU..apakah semua ini sengaja datang membelenggu diri..mengganggu di ruangan fikiran..adakah semata2 memberi peringatan bahawa tiada yg abadi di dunia ini melainkan yg kekal hanyalah di'sana'..??apabila kekuatan iman dan ketabahan hati dipohon, sudah tentu diri merasakan bahawa tiada yg perlu diharapkan melainkan DIA yg menciptakan segala rasa ini..di samping mengharapkan yg terbaik dalam hidup.."tak mungkin manisnya hidup ini andai tidak merasa indahnya pahit itu.."bagaimana harus meyakinkan hati bahawa yg menimpa diri adalah sesuatu yg sgt sulit utk di mengertikan..kerana segalanya adalah aturanNYA yg telah tersiap sedia, mana mungkin akan berubah melainkan dengan izinNYA..mungkn kesedaran ini membawa seribu makna buat diri agar sentiasa berhati2 dalam melayari kehidupan yg tiada berpenghujung andai tiada kecekalan iman di hati..apa yg ingin dikejar??jika tika dan saat ini..diri hanya memikirkan..utk memulihkan segala kecacatan..perbaiki segala kelemahan..menambah apa yg kurang..namun, mampukah??mampukah diri yg sgt kerdil ini berjaya mengejar segala kesempurnaan itu??cuma apa yg ada dan dinikmati sekarang ini adalah sebagai 'hadiah' yg sangat berharga..yg perlu dijaga sebaik mungkin agar terus berusaha dlm mencapai apa yg ingin 'dikejar'..moga apa yg ingin 'dikejar' itu akan dirasai jua..manakala apa yg digalas dan dikendong ini tidak mungkin akan keciciran lagi..insyaALLAH..


"Ada perkara yg tidak kamu suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yg kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya ALLAH Maha mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya.." (Surah al-Baqarah:216)


wallahua'alam~~

0 comments:

Post a Comment

~cinta hati saya~

Daisypath Friendship tickers